Perkembangan motif catan Batik Fatimah Chik dalam seni lukis moden di Malaysia

Penyelidikan ini bertujuan meneliti Perkembangan Motif Catan Batik Fatimah Chik dalam Seni LukisModen Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 2008. Reka bentuk penyelidikan menggunakan kaedahkualitatif melalui pendekatan sejarah (historical) dalam merungkai tiga objektif kajian bagimengupas keselarian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Nurul Hasyyati Mohd Pauzi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5432
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan meneliti Perkembangan Motif Catan Batik Fatimah Chik dalam Seni LukisModen Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 2008. Reka bentuk penyelidikan menggunakan kaedahkualitatif melalui pendekatan sejarah (historical) dalam merungkai tiga objektif kajian bagimengupas keselarian dan perbezaan perkaitannya melalui teknik, motif, kaedah dan gaya yang dipraktikkan bagi memperolehi kesahihan maklumat. Analisis kajian ini melibatkan 12buah karya catan batik kesemuanya bagi menjawab ketiga-tiga persoalan kajian. Terdapat empat teknikpengumpulan data yang diaplikasikan dalam penyelidikan ini iaitu pemerhatian, temu bual, rakamanvisual dan analisis dokumen. Dapatan kajian, menunjukkan bahawa tahap perkembangan motifdalam karya catan batik beliau terdapatnya perubahan melalui gaya dan persembahanmengikut trend semasa aliran seni lukis moden di Malaysia. Kesimpulannya, setiap motif-motifyang terbentuk dalam karya-karya beliau mempunyai kehalusan dan keunikan seninya dari segi aspekformalistik dan praktikal menjadikannya membentuk identiti yang tersendiri. Nilai-nilai dan elemensosiobudaya warisan daripada suku kaum di Rantau Asean diangkat menjadi identitifikasiyang dominan dalam catan batik Fatimah Chik. Keunikan catan batik Fatimah Chik adalah daripadagabungan kaedah tradisi dan moden dengan mengaplikasikan teknik shiboritik (ikat celup) denganmenerapkan pengaruh daripada suku kaum dari kepulauan Sulawesi dan Sumba di Rantau Asia danNusantara. Implikasi kajian telah membuktikan bahawa seni catan batik mula diangkat seiringdalam seni lukis moden Malaysia walaupun masih menerapkan motif-motif tradisional dan tekniktradisi dalam penghasilan karya. Kajian yang lebih komprehensif dapat dijalankan bagimengekalkan nilai kesenianwarisan dan budaya kepada generasi perintis.