Kompetensi guru pendidikan awal kanak-kanak Taska dan Tadika

Kajian ini bertujuan meneroka ciri-ciri guru pendidikan awal kanak-kanak (PAKK)yang kompeten berdasarkan perspektif pakar PAKK, pegawai kerajaan dan pengusaha TASKA dan TADIKA.Kajian ini melibatkan 26 orang informan yang terdiri daripada tujuh orang pakar PAKK, tujuhorang pegawai kerajaan dan 12 ora...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nur Hafizaliyana Hassan
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5437
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan meneroka ciri-ciri guru pendidikan awal kanak-kanak (PAKK)yang kompeten berdasarkan perspektif pakar PAKK, pegawai kerajaan dan pengusaha TASKA dan TADIKA.Kajian ini melibatkan 26 orang informan yang terdiri daripada tujuh orang pakar PAKK, tujuhorang pegawai kerajaan dan 12 orang pengusaha TASKA dan TADIKA. Temu bual separaberstruktur dijalankan bagi memperoleh data berkaitan ciri-ciri guru PAKK yang kompeten.Analisis tematik yang dijalankan menghasilkan empat tema utama yang menyokong tinjauanliteratur iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan sahsiah. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa terdapat dua sumber ilmu pengetahuan guru PAKK, iaitu kelayakan akademik danprogram pembangunan profesional. Dari segi kemahiran, antara kemahiran yang perlu dimiliki olehguru PAKK yang kompeten ialah kemahiran pedagogi, kemahiran komunikasi, kemahiran bahasaInggeris dan kemahiran ICT. Dari segi pengalaman, dapatan kajian menunjukkan bahawa guruPAKK perlu memiliki pengalaman bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakandengan berkesan dan sistematik. Dari segi sahsiah, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru PAKKyang kompeten perlu memiliki personaliti seperti penyayang, sabar, prihatin, komited, sifatkeibuan, jujur dan minat dengan kanak-kanak. Di samping itu, analisis tematik yang dijalankan turutmembawa kepada perolehan satu tema baharu berkaitan kompetensi guru PAKK, iaitu kreativiti. Berdasarkan analisis tersebut, guru PAKK yang kompeten didapati perlu memiliki kreativitidalam penyediaan dan penggunaan bahan pembelajaran kanak-kanak. Sebagai kesimpulan, dapatan kajianmendapati guru-guru PAKK perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sahsiah dan kreativiti bagi meningkatkan kualiti PAKK. Implikasi kajian inimembawa kepada pembinaan satu kerangka kompetensi guru PAKK yang bolehdijadikan rujukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam bidang PAKK.