Penggunaan platform VLE Frog dalam kalangan guru di sekolah rendah

Kajian ini bertujuan meninjau penggunaan platform persekitaran pembelajaran mayaatau Virtual Learning Enviroment (VLE) Frog dalam kalangan guru di sekolah rendah. Kajian ini mengukur tahap kegunaan, pengetahuan, minat dan kesediaan sumber terhadappenggunaan platform VLE Frog di sekolah rendah. Pend...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norliza Mohamed
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5438
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meninjau penggunaan platform persekitaran pembelajaran mayaatau Virtual Learning Enviroment (VLE) Frog dalam kalangan guru di sekolah rendah. Kajian ini mengukur tahap kegunaan, pengetahuan, minat dan kesediaan sumber terhadappenggunaan platform VLE Frog di sekolah rendah. Pendekatan kuantitatif berbentuktinjauan digunakan dalam kajian ini. Kajian melibatkan 260 orang guru Bahasa Melayu di26 buah sekolah rendah di Shah Alam, Selangor. Dalam kajian ini, instrumen soalselidik dengan empat skala likert digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Statistikdeskriptif digunakan seperti min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Pengujian bagihipotesis kajian dilaksanakan dengan menggunakan korelasi pearson. Analisis deskriptif mendapati tahap kegunaan (M=2.69; SP=0.443), pengetahuan (M=2.94; SP=0.416), minat(M=2.79; SP=0.491)dan kesediaan sumber (M=2.77; SP=0.437) terhadap penggunaan platform VLE Frog berada pada tahapsederhana. Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan sederhana yang signifikan antarapengetahuan dengan kegunaan (r = 0.565, p