Pembinaan dan validasi rubrik pentaksiran kendiri kemahiran insaniah, E-Persona

Kajian ini bertujuan membina dan menentusahkan rubrik pentaksiran kendiri kemahiran insaniah,e-persona. Kajian ini mengadaptasi reka bentuk Design and Developmental Research (DDR) oleh Richeydan Klein melibatkan empat fasa iaitu kajian keperluan, rekabentuk, pembinaan dan penilaian. Tigarubrik iaitu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azliza Muhammad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5440
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina dan menentusahkan rubrik pentaksiran kendiri kemahiran insaniah,e-persona. Kajian ini mengadaptasi reka bentuk Design and Developmental Research (DDR) oleh Richeydan Klein melibatkan empat fasa iaitu kajian keperluan, rekabentuk, pembinaan dan penilaian. Tigarubrik iaitu Rubrik Mendengar dengan Aktif dan Memberi Maklumbalas (KOM2), Mencari Idea dan Mencari Penyelesaian Alternatif (BKMM3) serta Menganalisis dan Membuat Keputusanberkaitan dengan Etika (EM2) telah dibina. Sampel kajian melibatkan 342 orang pelajarKursus Pembangunan Sahsiah di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dipilih berdasarkan kaedah pensampelan rawak berstrata berkadaran. Kesahan konstruk dan kebolehpercayaanrubrik ditentukan menggunakan Model Pengukuran Rasch. Dapatan kajian menunjukkan bahawa rubrik yangdibangunkan mempunyai kesahan konstruk yang baik seperti yang ditunjukkan oleh nilai polariti item(PTMEA Corr), fit statistics dan peta dimensionaliti. Kesemua nilai PTMEA Corr adalah positif danmelebihi 0.3, dan nilai fit statistics dalam julat yang boleh diterima (0.6-1.4). Analisisdimensionaliti menunjukkan rubrik yang dibangunkan dapat menjelaskan 38.3% daripada varians bagiKOM2, 37.4% bagi BKMM3 dan 39.3% bagi EM2. Kebolehpercayaan rubrik bagi KOM2, BKMM3 danEM2 juga tinggi dengan nilainya masing-masing ialah 0.97, 0.93 dan 0.94 dan kebolehpercayaanindividu ialah 0.86, 0.88 dan 0.88. Nilai pengasingan bagi semua konstruk juga baik, melebihi 3.0.Kemahiran insaniah pelajar didapati lebih baik di dalam pentaksiran kali kedua.Kesimpulannya, rubrik yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri psikometrik yang baik bagimengukur ketiga-tiga kemahiran insaniah tersebut. Penggunaan rubrik telah membantu pelajar melaksanakan pentaksiran kendiri dan menentukan sasaran sendiri. Kriteria dandeskriptor yang terdapat dalam rubrik dapat dijadikan panduan oleh pelajar dalammelaksanakan pentaksiran kendiri. Penggunaan e-persona ini telah memudahkan pentaksiran kendiridalam kalangan pelajar, serta memudahkan pengurusan rekod dan bukti-buktipentaksiran yang lebih efisien. Implikasinya, penggunaan rubrik e-persona ini boleh diperluaskankepada kursus lain untuk mengukur kemahiran insaniah yang berbeza.