Penghasilan Tubau menerusi amalan pembelajaran kendiri dalam kalangan penenun suku kaum Iranun di Kota Belud, Sabah

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik kaedah pembelajaran kendiri yang diamalkan secaratradisional oleh penenun Tubau suku kaum Iranun dalam mereka corak dan menghasilkanTubau dengan pelbagai motif dan corak. Kajian ini mengaplikasi pendekatan kajian kesdengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temu...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Zalia Abdullah@Wahab
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5442
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menyelidik kaedah pembelajaran kendiri yang diamalkan secaratradisional oleh penenun Tubau suku kaum Iranun dalam mereka corak dan menghasilkanTubau dengan pelbagai motif dan corak. Kajian ini mengaplikasi pendekatan kajian kesdengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. 10 peserta kajian terlibat dalam mendapatkan maklumat kajian. Dapatan kajian menunjukkan tiga aspek yang signifikan dalam pembelajaran kendiri iaitu pemantauan kendiri, pengurusan kendiridan motivasi, yang merupakan satu amalan dan kaedah pembelajaran sepanjang hayat. Sebanyak 177motif flora, 65 fauna, 55 geometri, tiga kosmos, 29 alam benda, dua makanan dan 25kaligrafi telah berjaya dikenalpasti dan dikelompokkan secara sistematik berdasarkanciri-ciri semula jadi motif tersebut. Pembentukan identiti unik Tubau secara implisitnyabergantung kepada kreativiti penenun dalam mengaplikasi prinsip-prinsip dan teknik-teknikmereka corak Tubau seperti kombinasi motif dan warna, struktur tenunan, dua jenis corak ulanganuntuk kandangian papak dan buyunan, empat jenis rekacorak untuk kandangian lawas dan motif komati. Kajian ini merupakan satu usaha untuk memulihara dan mengekalkan salah satu warisan suku kaum Iranun daripada kepupusan akibat asimilasi dan akulturasiberbagai budaya, di samping pengaruh aruskemodenan dan pembangunan negara.