Pendekatan gaya hibrid 'A+AGPD' dalam visualisasi lukisan kajian architecture graphic presentation drawing (AGPD)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan memvisualkan, menganalisis dan mencadangkanpendekatan gaya hibrid A+AGPD Lukisan Kajian bagi kursus Architecture Graphic PresentationDrawing (AGPD) diploma Seni Bina Politeknik di Melaka. Masalah visualisasi AGPD telah menjejaskankelancaran penga...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Maria Mohammad
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2019
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5444
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan memvisualkan, menganalisis dan mencadangkanpendekatan gaya hibrid A+AGPD Lukisan Kajian bagi kursus Architecture Graphic PresentationDrawing (AGPD) diploma Seni Bina Politeknik di Melaka. Masalah visualisasi AGPD telah menjejaskankelancaran pengajian sehingga 20% pelajar bertukar program akibat kurang menguasai kemahiran melukis. Pendekatan kajian kualitatif berasaskan reka bentuk fenomenologi dankajian kes digunakan. Data dikumpul melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis karya. Temubual secara mendalam digunakan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran visualisasi. Selain itu, temu bual secara berfokus, pemerhatian dananalisis karya digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang pendekatan hibrid juga digunakan.Informan kajian terdiri daripada lapan orang pelajar pra-diploma seni bina; dua orang pakar luardalam seni konvergen dan pengarah projek di galeri petronas; dua orang pakar bidang seni bina dariPoliteknik; tiga orang Subject Matter Expert (SME) bidang AGPD seni bina konvergen art; dan tigaorang pakar seni visual yang mahir Lukisan Kajian. Triangulasi data dilakukan untuk meningkatkankesahan data. Model Kritikan Seni Feldman dan Kerangka Kesatuan Organik Ocvirk diaplikasi bagimenganalisis Lukisan Kajian AGPD pelajar diploma dan SME. Amalan studio oleh SME dikaji bagimencadangkan Lukisan Kajian AGPD pendekatan gaya hibrid. Dapatan triangulasi melalui temubual, pemerhatian dan analisis karya mendapati garisan menjadi unsur terpenting dalamgaya seni bina yang membentuk rupa, bentuk, jalinan dan isi padu. Kesimpulannya Line Visual Art(LVA), teknik kotak berstruktur dengan pendekatan oblik, isometrik dan perspektif dikenalpasti sebagai gaya AGPD berteraskan lukisan bidang teknikal. Teknik mewarna pula menggunakankonsep white space dan gSLine bercirikan empat ciri garisan berkualiti adalah gaya khusus AGPD. Gaya art menerapkan teknik chiaroscuro dan tenebrism bagi menimbulkan kesanestetik serta emosi. Kedua-dua teknik ini adalah nilai tambah dalam kajian hibrid ini.Terdapat tujuh pendekatan amalan studio dicadangkan; LVA; gSLine; kotak berstruktur; garisanprofil; tona warna monokromatik atau kromatik; chiaroscuro dan tenebrisme; dan konsep warnapanas, warna asal, warna sejuk telah dicadangkan pendekatan gaya hibrid amalan studio LukisanKajian Model hibrid A+AGPD yang mempunyai daya visual, estetik dan emosi (dVEE)menyumbang transformasi pengajian amalan studio Lukisan Kajian dua bidang seni dan seni bina.