Penerapan unsur kesantunan berbahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah di Hulu Selangor

Kajian ini bertujuan meneliti penggunaan dan penerapan amalan kesantunan berbahasa dalamkalangan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolahdi Hulu Selangor. Empat orang guru Bahasa Melayu dipilih sebagai peserta kajianberdasarkan pengalaman tahun mengajar yang b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asnida Gani
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5445
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meneliti penggunaan dan penerapan amalan kesantunan berbahasa dalamkalangan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolahdi Hulu Selangor. Empat orang guru Bahasa Melayu dipilih sebagai peserta kajianberdasarkan pengalaman tahun mengajar yang berbeza. Empat orang murid juga dipilih sebagaipeserta kajian secara berfokus. Kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes di sebuahsekolah di Hulu Selangor digunakan sebagai metodologi kajian. Temu bual dan pemerhatian dilakukan terhadap kelakuan santun guru, termasuklah penggunaan kata,intonasi dan bahasa badan semasa berinteraksi dengan murid-murid di dalam kelas dankeupayaan mereka menerapkan amalan kesantunan berbahasa ketika mengajar. Temu bual danpemerhatian juga dilakukan terhadap murid untuk menilai penerimaan mereka terhadap tingkah laku dan amalan kesantunan berbahasa guru. Gabungan teori kesantunan AlGhazali, Syed Mohammad Naquib Al- Attas, Zainal Abidin Ahmad, Asmah Hj. Omar dan AbdullahHassan, digunakan untuk menganalisis data berdasarkan ketatabahasaan dan keakuran kepada sistembahasa yang diterima sebagai amalan santun untuk menilai pengajaran kesantunan berbahasa guru danpenerimaan murid terhadap pengajaran tersebut. Kajian mendapati bahawa gurumempunyai cara yang berbeza dalam menerapkan amalan kesantunan berbahasa dalam kalanganmurid-murid. Guru yang senior didapati menggunakan kaedah sindiran dan hanya berkata-kataapabila menjelaskan isi pelajaran sahaja menjadikan guru-guru senior lebih mudah mengawal kelas.Guru-guru baharu didapati mewujudkan ruang untuk murid menjadi kurang sopan dengan sikap guru yanggemar berjenaka dan menggunakan kata ganti nama yang tidak sesuai. Kajian mendapati bahawa muridterbuka untuk menerima pengajaran kesantunan berbahasa di sekolah. Kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa pengajaran kesantunan berbahasa di sekolah perlu diberipenambahbaikan, terutamanya daripada aspek strategi pengajaran kesantunan berbahasa dalamkalangan guru . Sistem ujian dan peperiksaan awam untuk murid-murid juga perlu dikaji semula denganmenjadikan amalan kesantunan berbahasa sebagai satu aspek yang dinilai dalam pentaksiran kemajuanmurid di sekolah. Implikasi kajian boleh diguna pakai bagi menyusun strategi mengubah sikapdefensif murid-murid dengan cara menjadikan guru- guru sebagai rol model. Model kasantunanbahasa hasil kajian ini juga membolehkan guru merangka strategi penyampaian pengajaran tingkah laku yang sesuai untuk mengubah kelakuan murid supaya lebih bersantun dalampenggunaan bahasa Melayu disekolah.