Kesan model pengajaran dan pembelajaran Matematik berasaskan portfolio terhadap prestasi pelajar

Kajian ini bertujuan membangun dan menilai model Pengajaran danPembelajaran Matematik Berasaskan Portfolio (PMBP). Pendekatan kuantitatif dan kualitatifdengan reka bentuk dan pembangunan model digunakan dalam kajian ini. Pembangunan model PMBP adalah berdasarkan model Plomp terdiri darip...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainal Abidin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5449
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangun dan menilai model Pengajaran danPembelajaran Matematik Berasaskan Portfolio (PMBP). Pendekatan kuantitatif dan kualitatifdengan reka bentuk dan pembangunan model digunakan dalam kajian ini. Pembangunan model PMBP adalah berdasarkan model Plomp terdiri daripada enam tahap iaitu kajianawal, perancangan model, realisasi model, penilaian kesahan, kepraktikalan dankeberkesanan model. Penilaian keberkesanaan model PMBP pula melibatkan kaedah eksperimen. Kesahan model PMBP diperoleh daripada tujuh orang pakar dengan mengambil peratuspersetujuan daripada pakar-pakar tersebut manakala kepraktikalan dan keberkesananmodel diperoleh melalui kajian rintis. Keberkesanan model PMBP bagi meningkatkan prestasimatematik pelajar diuji dengan menggunakan ujian-t yang melibatkan sampel 132 orangpelajar tingkatan lapan SMP Wahid Hasyim, Bandar Malang, Indonesia. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa model PMBP yang dibangunkan memenuhi syarat kesahan, kepraktikalan, dankeberkesanan bagi komponen yang dikaji iaitu landasan teoritikal, sintaks model,sistem sosial, prinsip reaksi, sistem pendukung, dan impak instruksional dan pengiring. Dariaspek prestasi matematik pelajar, kajian mendapati bahawa wujudnya perbezaan yang signifikanantara kumpulan yang menggunakan model PMBP dengan kumpulan pembelajaran konvensional.Kesimpulannya, kajian berjaya membangun model PMBP yang mernenuhi syarat kesahan, kepraktikalandan keberkesanan. Dari aspek keberkesanan, model PMBP yang dibangunkan berjayameningkatkan prestasi matematik pelajar. Implikasi daripada kajian ini adalah modelPMBP yang dibangun boleh digunakan dalam pengajarandan pembelajaran matematik di sekolah menengah pertama di Indonesia.