Kesan model pengajaran dan pembelajaran Matematik berasaskan portfolio terhadap prestasi pelajar

Kajian ini bertujuan membangun dan menilai model Pengajaran danPembelajaran Matematik Berasaskan Portfolio (PMBP). Pendekatan kuantitatif dan kualitatifdengan reka bentuk dan pembangunan model digunakan dalam kajian ini. Pembangunan model PMBP adalah berdasarkan model Plomp terdiri darip...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Zainal Abidin
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5449
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan membangun dan menilai model Pengajaran danPembelajaran Matematik Berasaskan Portfolio (PMBP). Pendekatan kuantitatif dan kualitatifdengan reka bentuk dan pembangunan model digunakan dalam kajian ini. Pembangunan model PMBP adalah berdasarkan model Plomp terdiri daripada enam tahap iaitu kajianawal, perancangan model, realisasi model, penilaian kesahan, kepraktikalan dankeberkesanan model. Penilaian keberkesanaan model PMBP pula melibatkan kaedah eksperimen. Kesahan model PMBP diperoleh daripada tujuh orang pakar dengan mengambil peratuspersetujuan daripada pakar-pakar tersebut manakala kepraktikalan dan keberkesananmodel diperoleh melalui kajian rintis. Keberkesanan model PMBP bagi meningkatkan prestasimatematik pelajar diuji dengan menggunakan ujian-t yang melibatkan sampel 132 orangpelajar tingkatan lapan SMP Wahid Hasyim, Bandar Malang, Indonesia. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa model PMBP yang dibangunkan memenuhi syarat kesahan, kepraktikalan, dankeberkesanan bagi komponen yang dikaji iaitu landasan teoritikal, sintaks model,sistem sosial, prinsip reaksi, sistem pendukung, dan impak instruksional dan pengiring. Dariaspek prestasi matematik pelajar, kajian mendapati bahawa wujudnya perbezaan yang signifikanantara kumpulan yang menggunakan model PMBP dengan kumpulan pembelajaran konvensional.Kesimpulannya, kajian berjaya membangun model PMBP yang mernenuhi syarat kesahan, kepraktikalandan keberkesanan. Dari aspek keberkesanan, model PMBP yang dibangunkan berjayameningkatkan prestasi matematik pelajar. Implikasi daripada kajian ini adalah modelPMBP yang dibangun boleh digunakan dalam pengajarandan pembelajaran matematik di sekolah menengah pertama di Indonesia.