Kematian dalam karya terpilih Shahnon Ahmad

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kes kematian watak pemimpin, menganalisisunsur alam yang mengazab seksa dan mengiringi kematian watak pemimpin, dan meneliti kreativiti alamdi luar syahadah yang dikemukakan oleh Shahnon Ahmad dalam karya- karyanya. Kajian dijalankanberasaskan konsep teoriti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Roslan Chin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5450
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kes kematian watak pemimpin, menganalisisunsur alam yang mengazab seksa dan mengiringi kematian watak pemimpin, dan meneliti kreativiti alamdi luar syahadah yang dikemukakan oleh Shahnon Ahmad dalam karya- karyanya. Kajian dijalankanberasaskan konsep teoritikal kod budaya dan kod simbolik yang dikemukakan oleh Barthes, danteori al-Nur oleh Al-Ghazali bagi menganalisis aspek kematian dalam tiga buah karyaShahnon Ahmad iaitu Patriarch, SHIT, dan Pararuhi. Kajian kualitatif ini menggunakan rekabentuk kajian isi kandungan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisisperbandingan, melibatkan kombinasi koleksi data dengan rujukan Al-Quran, hadis, sirah atausejarah. Analisis data dikuatkan dengan hujah berdasarkan perspektif Islam bagi menjelaskandan menghuraikan kod budaya dan kod simbolik yang terangkum dalam konsep semiotik. Hasilpenyelidikan mendapati watak yang dimatikan terbahagi kepada dua iaitu watak pemimpinyang kematiannya dikurniakan kesejahteraan, dan kedua watak pemimpin yang kematiannyasebagai satu hukuman atau azab seksa. Unsur alam yang mengiringi kematian terbahagi kepada dua.Pertama, unsur alam mengiringi kematian sebagai malapetaka dan kedua, unsur alammengiringi kematian dengan keredhaan dan kesejahteraan. Manakala dari unsur kehidupan alamdi luar syahadah, roh orang munafiq dan kafir dihina, diherdik di langit, dan roh para mukmindialu-alukan serta disambut dengan sejahtera oleh para malaikat. Kajian ini memberikanimplikasi ke atas kualiti penulisan karya sastera bagi mengungkapkan aspek kematian dalampenulisan kreatif dengan menemukan Model Pemikiran Kematian Penulisan Kreatif ShahnonAhmad. Kajian ini telah menyumbang atau membantu khalayak pembaca memahami pemikiran tentangkematian dalam karya-karya sastera khususnya karya-karya Shahnon Ahmad.