Pembangunan dan keberkesanan koswer weblog multimedia interaktif terhadap kenal pasti dan ingat kembali dalam pembelajaran kejuruteraan hidrologi

Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai keberkesanan koswer weblogmultimedia interaktif dalam pembelajaran kejuruteraan hidrologi terhadap pencapaian kognitif aras tinggi pelajar dari aspek keupayaan spatial. Model reka bentuk pembangunanHannafin dan Peck digunakan dan ia melibatkan empat f...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak Johari
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5453
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai keberkesanan koswer weblogmultimedia interaktif dalam pembelajaran kejuruteraan hidrologi terhadap pencapaian kognitif aras tinggi pelajar dari aspek keupayaan spatial. Model reka bentuk pembangunanHannafin dan Peck digunakan dan ia melibatkan empat fasa utama pembangunan koswer iaituanalisis keperluan, reka bentuk, pembangunan dan penilaian. Model pembangunan koswer Alessi danTrollip digunakan untuk menentukan aras kognitif pelajar selaras dengan Taksonomi Bloom dan Anderson. Untuk menilai kesesuaian koswer, kaedah tinjauan dan teknikDelphi Terubah Suai digunakan. Min hasil fasa analisis koswer yang tinggi (M=4.42,SP=0.63) dan ujian-t yang signifikan (t(9)=-9.132, p=0.002) menunjukkan koswer berkenaansesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fasa penilaian keberkesanankoswer melibatkan ujian terhadap koswer dalam peningkatan pencapaian akademik yang diujimelalui ujian kompetensi kognitif. Reka bentuk kajian kuasi eksperimen telah digunakandengan kumpulan yang menggunakan koswer (pemboleh ubah tidak bersandar), ujian pra, ujian pos 1dan ujian pos 2 bagi menentukan tahap kenal pasti, tahap ingat kembali, tahap kenalpasti kognitif aras tinggi dan tahap ingat kembali kognitif aras tinggi (pemboleh ubahbersandar) dengan keupayaan spatial sebagai pemboleh ubah moderator yang diukur menggunakan UjianSpatial Purdue. Sampel kajian terdiri 50 orang pelajar di sebuah Politeknik Malaysia. Hipotesis telah diuji menggunakan analisis ANCOVA dan MANCOVA. Hasil kajian dariujian ANCOVA menunjukkan peningkatan pencapaian yang signifikan dalam ujian kenal pasti(F(4, 21)=7.248, p