Amalan pentaksiran di Taska Permata keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Daerah Kuala Nerus:satu kajian kes

Kajian ini bertujuan menilai amalan pentaksiran di TASKA PERMATA Keluarga YPKT. Objektifkajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan pentaksiran, garis panduan aktivitipentaksiran, amalan rekod dan laporan pentaksiran serta bentuk penglibatan ibu bapa yangmembantu dalam amalan pentaksiran yang dilak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Ain Sulaiman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5473
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menilai amalan pentaksiran di TASKA PERMATA Keluarga YPKT. Objektifkajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan pentaksiran, garis panduan aktivitipentaksiran, amalan rekod dan laporan pentaksiran serta bentuk penglibatan ibu bapa yangmembantu dalam amalan pentaksiran yang dilaksanakan di TASKA PERMATA Keluarga YPKT. Kajian kesini melibatkan dua kumpulan informan iaitu Kumpulan A terdiri daripada guru yangberkhidmat di TASKA PERMATA Keluarga YPKT (4 orang) dan Kumpulan B ibu bapa yang menghantaranak-anak menjalani sesi asuhan dan didikan awal di TASKA PERMATA Keluarga YPKT (4 orang). Temubual kumpulan berfokus dijalankan menggunakan soalan temu bual semi berstuktur. Dapatan kajian menunjukkan kekerapan amalan aktiviti pentaksiran yang dijalankan sebanyak tiga kalisetahun dan dijalankan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti lain.Tindakan susulan selepas aktiviti pentaksiran juga dilaksanakan beserta aktiviti pengayaan,pengukuhan dan juga pemulihan. Kurikulum PERMATA Negara dijadikan garis panduan untukmenjalankan aktiviti pentaksiran dan rancangan aktiviti kanak-kanak dirancang mengikuttahap perkembangan mereka. Antara rekod yang dikenalpasti digunakan di TASKAPERMATA Keluarga YPKT adalah buku log, Buku Rekod Perkembangan Kanak- kanak PERMATA,rekod anekdot, rekod pemerhatian, catatan buku kecil dan juga laporan online NCDC. Ibubapa di TASKA PERMATA Keluarga YPKT aktif melibatkan diri dalam aktiviti pentaksiran. Ibubapa kerap menghadiri program temu murni dan terlibat dalam aktiviti empat jam sebulan di TASKA.Ibu bapa memberikan respon yang aktif berkaitan aktiviti pentaksiran di media massaseperti Group WhatsApp dan Facebook. Kesimpulannya, guru TASKA masih lagi kurangmengetahui, memahami dan mengamalkan garis panduan yang betul untuk melaksanakanaktiviti pentaksiran. Pengetahuan guru berkaitan kepelbagaian rekod untuk mentaksirkanak-kanak juga terhad. Penglibatan ibu bapa yang aktif adalah sangat membantu aktivitipentaksiran yang dilaksanakan. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan tahap amalan pentaksiranguru-guru TASKA yang membantu ibu bapamengetahui rentetan perkembangan kanak-kanak.