Pembangunan model regresi logistik bagi pencapaian pelajar dalam kursus kaedah dan penggunaan statistik berdasarkan faktor-faktor bukan kognitif

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu model pencapaian regresi logistikberdasarkan faktor-faktor bukan kognitif yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus Kaedah dan Penggunaan Statistik (SMS3033). Kajian ini adalah berbentukpembangunan model. Populasi kajian adalah terdiri daripada 1...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Noor Hidayah Amir Ruddin
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2019
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5474
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu model pencapaian regresi logistikberdasarkan faktor-faktor bukan kognitif yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus Kaedah dan Penggunaan Statistik (SMS3033). Kajian ini adalah berbentukpembangunan model. Populasi kajian adalah terdiri daripada 140 pelajar tahun pertama sesi2 2016/2017 program Ijazah Pendidikan Matematik Fakulti Sains dan Matematik. Persampelanyang digunakan dalam kajian ini berbentuk persampelan rawak mudah yang melibatkan 103responden berdasarkan kepada jadual Krejie dan Morgan. Kajian ini melibatkan dua fasa. Fasapertama adalah mengenal pasti faktor- faktor bukan kognitif yang mempengaruhi pencapaiandan fasa kedua merupakan pembangunan model regresi logistik. Analisis regresi bergandamenunjukkan bahawa terdapat pengaruh kebimbangan matematik, gaya pembelajaran mendalam, gaya pembelajaran permukaan, gaya pembelajaran gigih usaha, motivasi dalaman dan juga motivasiluaran terhadap pencapaian pelajar bagi kursus SMS3033. Model regresi logistik yang telahdibangunkan pula menunjukkan faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian pelajar dalam kursus ini adalah kebimbangan matematik (? = 0.039 , ? = 6.329 ), gaya pembelajaran mendalam ( ? = 0.047 , ? = 0.145 ) dan juga motivasiluaran ( ? = 0.049, ? = -4.159 ). Kesimpulannya pencapaian pelajar adalah bergantung kepadafaktor kendiri pelajar itu sendiri dan juga motivasi luaran. Implikasinya,pembinaan model pencapaian regresi logistik dapat memberi panduan kepada pendidik untukmeramal pencapaian bagi pelajar. Oleh demikian, ia dapat membantu pihak fakulti atauuniversiti merancang program yang boleh meningkatkanmotivasi dan faktor kendiri pelajar untuk berjaya.