Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dalam kalangan guru pendidikan seni visual sekolah kebangsaan di Hilir Perak dan Bagan Datuk

Kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guruPendidikan Seni Visual (PSV) Sekolah Kebangsaan di Hilir Perak dan Bagan Datuk. Fokus kajian adalah mengenai kesediaan guru-guru PSV dalam melaksanakan PBS sertamembentuk pengujian PBS dalam pentak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lee, Hoi Yeh
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5477
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guruPendidikan Seni Visual (PSV) Sekolah Kebangsaan di Hilir Perak dan Bagan Datuk. Fokus kajian adalah mengenai kesediaan guru-guru PSV dalam melaksanakan PBS sertamembentuk pengujian PBS dalam pentaksiran dan pengukuran di tiga buah sekolah kebangsaan di HilirPerak dan Bagan Datuk. Kajian dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualittatif berdasarkan rekabentuk kajian kes. Kajian kes telah dijalankan di tiga buah sekolah kebangsaan yangmelibatkan dua (2) orang pentadbir sekolah dan 11 orang guru Sekolah Kebangsaan di bandar danluar bandar. Data dikumpul menggunakan temu bual, pemerhatian, rakaman visual dan analisis dokumen.Data kajian dianalisis secara tematik berdasarkan model alir Miles dan Huberman. Tema yang munculdaripada temubual adalah kesediaan guru, pelaksanaan PBS serta bentuk pengujian danpengukuran. Kajian ini menggunakan model ASSURE untuk mengkaji proses pengajaran dan pembelajaranyang merangkumi tiga komponen iaitu menganalisis murid, menyatakan objektif serta melakukanpenilaian. Dapatan kajian menunjukkan guru kurang bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiranpelaksanaan PBS atas sebab kekurangan pemantauan dan penjaminan kualiti dalam prosesmelaksanakan PBS. Sehubungan itu, dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru dariaspek kehadiran kursus, penetapan objektif, dan proses menganalisis murid masih lemah. Dalam melaksanakan pentaksiran PBS, kebanyakan guru tidak merujuk instrumen yang disediakanoleh pihak KPM. Dapatan turut menunjukkan pentaksiran PBS dalam PSV lebih sesuai ditaksirberasaskan konsep estetik yang boleh dijadikan sebagai rujukan bagi menjamin mutu penilaian karya. Kesimpulannya, guru PSV masih lemah dalam aspek kemahiranmelaksanakan PBS. Implikasi kajian adalah penambahbaikan dari aspek pengetahuan dan kemahiran guruPSV dalam melaksanakan PBS perlu diperkasa melalui latihan berkala dan panduan yangrelevan untuk guru PSV.