Kesan latihan Tabata terhadap maklum balas fisiologi dan komposisi tubuh dalam kalangan atlet wanita

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan latihan Tabata terhadap maklum balasfisiologi dan komposisi tubuh atlet wanita. Kajian ini melibatkan 36 atlet wanita yangberumur 16 tahun yang dibahagikan secara rawak kepada kumpulan kawalan (n =12),kumpulan Gaya Tabata (n = 12) dan kumpulan Tabata Ergom...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Haslinda Che Mohamad Aasdik
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5490
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan latihan Tabata terhadap maklum balasfisiologi dan komposisi tubuh atlet wanita. Kajian ini melibatkan 36 atlet wanita yangberumur 16 tahun yang dibahagikan secara rawak kepada kumpulan kawalan (n =12),kumpulan Gaya Tabata (n = 12) dan kumpulan Tabata Ergometer (n =12). Programlatihan dijalankan selama lapan minggu. Reka bentuk kajian ini adalah kuasieksperimen. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur parameter fisiologi daripadaaspek pengambilan oksigen maksimum ialah melalui Ujian Yo-Yo, jumlah bendalirtubuh menggunakan Monitor Komposisi Tubuh Tanita BC541, kadar persepsi latihanmenggunakan Skala Borg, tekanan darah dengan Omron M10-1T serta kadar nadipemulihan menggunakan Polar RS800G3 manakala parameter komposisi tubuhadalah peratus lemak tubuh diukur menggunakan Monitor Komposisi Tubuh TanitaBC541. Data dianalisis menggunakan ujian ANOVA dua hala. Keputusan ujianmenunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan daripada aspekpengambilan oksigen maksimum [F (2, 33) =17.92, p <0.05], jumlah bendalir tubuh[F (2, 33) = 4.93, p <0.05], kadar nadi pemulihan [F (2, 33) = 13.21, p <0.05] dankadar persepsi latihan [F (2, 33) = 17.96, p <0.05]. Walau bagaimana pun tidakterdapat perbezaan yang signifikan daripada aspek tekanan darah. Ujian post hocmenunjukkan min pada ujian pasca bagi kumpulan Tabata Ergometer berbeza secarasignifikan dengan kumpulan kawalan pada parameter fisiologi daripada aspekpengambilan oksigen maksimum, jumlah bendalir tubuh, kadar nadi pemulihan sertakadar persepsi latihan. Dalam konteks komposisi tubuh pula, terdapat perbezaan yangsignifikan [F (2, 33) = 7.89, p <0.05] terhadap peratus lemak tubuh dalam ketiga-tigakumpulan. Kesimpulannya, latihan Tabata Ergometer memberi kesan yang signifikankepada fisiologi dan komposisi tubuh atlet wanita daripada aspek pengambilanoksigen maksimum, jumlah bendalir tubuh, kadar nadi, kadar persepsi latihan sertaperatus lemak tubuh. Implikasinya, Latihan Tabata Ergometer dicadangkan untukdigunakan oleh atlet dalam menentukan maklum balas fisiologi dan komposisi tubuh.