Hubungan amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan pencapaian ujian sains murid tingkatan empat di Shah Alam

Kajian ini bertujuan menentukan hubungan amalan KBAT dengan pencapaian muriddalam Ujian Sains. Sampel kajian ini melibatkan 350 orang murid Tingkatan 4.Instrumen kajian diadaptasi daripada Instrumen Soal Selidik Pengajaran KemahiranBerfikir Guru Matematik oleh Sukiman, S., Noor Shah, S., & Mohd...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Affendy Japar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5547
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menentukan hubungan amalan KBAT dengan pencapaian muriddalam Ujian Sains. Sampel kajian ini melibatkan 350 orang murid Tingkatan 4.Instrumen kajian diadaptasi daripada Instrumen Soal Selidik Pengajaran KemahiranBerfikir Guru Matematik oleh Sukiman, S., Noor Shah, S., & Mohd Uzi, D. (2012).Instrumen ini mengandungi 3 subkonstruk, iaitu elemen-elemen KBAT, strategipengajaran yang diamalkan oleh guru dan sikap guru yang menggalakkan pemikiranmurid. Kaedah tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik telah dijalankansecara persampelan rawak mudah. Secara keseluruhannya, dapatan kajianmenunjukkan tahap pelaksanaan KBAT pada tahap baik dengan skor min bagi ketigatigakonstruk terletak antara 2.11 hingga 2.14 dalam skala Likert 4 poin. KeputusanUjian Sains murid menunjukkan sebahagian murid (48%) mendapat gred B, manakalaselebihnya mendapat gred A, C atau D. Analisis regresi berganda (stepwise) yangdijalankan menunjukkan bahawa amalan KBAT merupakan peramal yang signifikankepada pencapaian Ujian Sains murid. Dua subkonstruk, iaitu elemen-elemen KBATdan strategi pengajaran yang diamalkan oleh guru memberikan sumbangan yangsignifikan dalam meramal pencapaian Ujian Sains murid. Hasil kajian inimenunjukkan bahawa usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakanKurikulum Standard Sekolah Menengah adalah tepat dan sesuai pada masanya. PihakKPM dicadangkan supaya mewajibkan dan membuat pemantauan yang bersesuaianagar semua guru melaksanakan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaranSains.