Pemulihan defisit tumpuan kanak-kanak autistik melalui aktiviti seni visual sebagai intervensi awal

Kajian ini bertujuan memulihkan defisit tumpuan dalam kalangan kanak-kanak autistikdi Pusat NASOM Klang menggunakan aktiviti seni visual sebagai intervensi awal.Objektifnya adalah mengenal pasti masalah defisit tumpuan dalam kalangan kanakkanakautistik; aktiviti seni visual yang boleh dilakukan oleh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Premawathy Vadivil
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5548
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan memulihkan defisit tumpuan dalam kalangan kanak-kanak autistikdi Pusat NASOM Klang menggunakan aktiviti seni visual sebagai intervensi awal.Objektifnya adalah mengenal pasti masalah defisit tumpuan dalam kalangan kanakkanakautistik; aktiviti seni visual yang boleh dilakukan oleh mereka dan perubahandefisit tumpuan dalam konteks komunikasi dan interaksi melalui aktiviti seni visualsebagai intervensi awal yang diberikan. Pendekatan kualitatif dengan reka bentukkajian kes telah digunakan. Pemilihan responden dijalankan secara persampelanbertujuan dengan melibatkan enam orang kanak-kanak autistik. Kajian ini terbataskepada pemilihan responden, aktiviti seni visual dan teori yang diaplikasi. Instrumenyang digunakan dalam kajian ini adalah senarai semak ciri-ciri masalah defisittumpuan dalam konteks komunikasi dan interaksi bagi kanak-kanak autistik; senaraisemak perubahan masalah defisit tumpuan dalam aktiviti seni visual kanak-kanakautistik; senarai semak tahap tumpuan responden, nota lapangan dan soalan temubual. Data dianalisis menggunakan analisis naratif. Hasil kajian menunjukkan kanakkanakautistik mengalami masalah defisit tumpuan seperti mudah hilang perhatian,kurang memahami arahan yang diberikan, mudah lupa, kesilapan dalam kerjasekolah, sering kehilangan barang kepunyaan, tidak dapat menyelesaikan tugasnya,berkhayal, tidak dapat bertentang mata, tidak menyedari kehadiran orang disisinyadan masalah pertuturan. Aktiviti seni visual yang mampu dilakukan oleh kanak-kanakautistik adalah kolaj bijirin, kolaj butang, renjisan daun, renjisan kad pelbagai bentuk,capan jari serta tapak tangan dan capan bahan semula jadi. Aktiviti kolaj bijirin didapatipaling berkesan dalam membantu memulihkan masalah defisit tumpuan. Intervensiawal yang telah dijalankan berjaya memulihkan komunikasi kanak-kanak ini. Ia telahmembantu mengubah corak interaksi yang sehala, iaitu guru dengan murid kepadatiga hala iaitu guru dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan murid.Kajian ini memberi implikasi dalam memulihkan masalah defisit tumpuan kanak-kanakautistik serta menjadi panduan kepada ibu bapa dan guru-guru kanak-kanak autistik.