Sebutan bahasa Melayu baku dalam kalangan penutur satu kajian kes (IR)

Kajian ini dilakukan melalui kaedah kajian kes berbentuk analisis dan kajiankepustakaan. Kajian ini melibatkan sampel yang terdiri daripada 28 orang responden Tingkatan 4Pengajian Kejuruteraan Elektrik 2 di Sekolah Menengah Teknik Dungun, KM 5, Jalan Paka, 23000Dungun, Terengganu.Kajian kes difokusk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Omar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=556
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan melalui kaedah kajian kes berbentuk analisis dan kajiankepustakaan. Kajian ini melibatkan sampel yang terdiri daripada 28 orang responden Tingkatan 4Pengajian Kejuruteraan Elektrik 2 di Sekolah Menengah Teknik Dungun, KM 5, Jalan Paka, 23000Dungun, Terengganu.Kajian kes difokuskan terhadap aspek sebutan bahasa Melayu baku responden melalui sesi pembentangantugasan yang diberikan oleh pengkaji. Pembentangan responden dirakam dan dianalisis mengikut bunyisebutan berdasarkan Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.Kajian Kepustakaan pula dilakukan untuk mencari fakta-fakta yang releven untuk menyokong dapatandan kajian kes.Hasil kajian membuktikan terdapat hubungan yang signifikin antara kelemahan sebutan responden yangdisebabkan oleh pengaruh dialek tempatan, kelemahan sebutan yang disebabkan proses peleburanterhadap setengah-setengah perkataan dan kelemahan sebutan kata-kata pinjaman terutamanya daripadabahasa Inggeris.Dalam bab 1, pengkaji menyatakan pernyataan masalah, tujuan kajian, soalan- soalan kajian,kepentingan kajian serta batasan kajian. Bab 2 pula merupakan kajian kepustakaan yang merupakantinjauan literatur yang berkaitan sama ada kajian tempatan mahupun kajian luar negara yangberkaitan aspek kajian.Dalam bab 3, pengkaji menyatakan reka bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian, prosedurpengumpulan data serta prosedur menganalisis data yang berkaitan. Menerusi bab 4, pengkajimelakukan analisis kesilapan sebutan dalam kalangan responden sewaktu pembentangan tugasan secaralisan. Penganalisisan data ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan kajian yang dikemukakan dalambab 1.Akhirnya dalam bab 5, pengkaji membicarakan rumusan kajian yang dijalankan disamping mengemukakancadangan serta saranan untuk memperbaiki aspek sebutan dalam kalangan responden demi memperbaiki keberkesanan pengajaran danpembelajaran kemahiran lisan atau sebutan bahasa Melayu di sekolah menengah.