Dakwah dalam lirik puisi endoi

Kajian ini merupakan sebuah kajian berbentuk kualitatif yang bertujuan untukmencapai tiga objektif utama iaitu menjelaskan kedudukan puisi Endoi sebagai wahana dalammenyampaikan dakwah, menghuraikan kedudukan lirik puisi Endoi berdasarkan tiga perspektif iaituakidah, syariah dan akhlak dan menganali...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Sarah Abu Kassim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5565
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan sebuah kajian berbentuk kualitatif yang bertujuan untukmencapai tiga objektif utama iaitu menjelaskan kedudukan puisi Endoi sebagai wahana dalammenyampaikan dakwah, menghuraikan kedudukan lirik puisi Endoi berdasarkan tiga perspektif iaituakidah, syariah dan akhlak dan menganalisis keindahan mesej dakwah dalam lirik Puisi Endoi.Kajian ini menggunakan pendekatan Dakwah dalam Teori Pengkaedahan Melayu, Konsep Dakwah Yusuf al-Qardhawi dan Konsep Keindahan menurut Ibnu Khaldun. Kajian ini berjaya menemukansebanyak 26 buah rangkap yang dikelompokkan kepada tiga perspektif dakwah. Sebanyak 14buah rangkap di bawah perspektif akidah, 4 buah rangkap di bawah perspektif syariah dan 8 buahrangkap di bawah perspektif akhlak. Penemuan kajian ini sangat bertepatan dengan duapaksi kepercayaan yang wajib diketahui umat Islam iaitu berlandaskan kepada Rukun Iman danRukun Islam. Berdasarkan dapatan kajian ini, penggabungan Teori Pengkaedahan Melayu melaluiPendekatan Dakwah, Konsep Dakwah Menurut Yusuf al-Qardhawi dan Konsep Keindahan menurut IbnuKhaldun telah terbukti menjadi kerangka analisis yang menemui mesej-mesej dakwah yang terdapatdalam lirik puisi Endoi yang dikaji. Kerangka ini dicadangkan dapat diperkembangkan dandiperluaskan bagi tujuan mengkaji bukan sahaja bahan puisi malah bolehdiperkembangkan dalam genre-genre yang lain. Malah, kajian yang berkaitan puisi Endoi juga boleh diperluaskan dalam bentuk perbandingan. Implikasi kajian menunjukkanbetapa perlunya orang Melayu memelihara dan menghayati kembali puisi-puisi tradisional dalammasyarakat Melayu yang telah mereka warisi kerana puisi tradisional merupakan cerminan jati diribangsa Melayu seterusnya dapat mengekalkantradisi ini dan menjadi salah satu kebanggaan warisan masyarakat Melayu.