Keberkesanan penggunaan aplikasi Sites Frog Virtual Learning Environment dalam PdPc pendidikan seni visual sekolah rendah

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan penggunaan aplikasi SitesFrog Virtual Learning Environment (VLE) dalam PdPc Pendidikan Seni Visual di sekolahrendah. Kajian ini juga dibina untuk melihat minat terhadap tajuk Diorama dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Penyelidikan ini m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzanna Zainudin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5566
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan penggunaan aplikasi SitesFrog Virtual Learning Environment (VLE) dalam PdPc Pendidikan Seni Visual di sekolahrendah. Kajian ini juga dibina untuk melihat minat terhadap tajuk Diorama dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk kajian kes.Kerangka konseptual kajian berdasarkan model Smith dan Ragan yang mengandungi tiga fasa iaituanalisis, strategi dan penilaian. Seramai 132 murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendahtelah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian terdiri daripada ujian teori SeniVisual dan satu set soal selidik yang diedarkan kepada responden kajian. Tiga pakar bidangseni telah dipilih untuk mengesahkan instrumen kajian dan kebolehpercayaan soal selidikberdasarkan indeks ketekalan dalaman Alfa Cronbach adalah 0.88. Terdapat tujuh konstruk kajiantelah dipilih berdasarkan silibus Pendidikan Seni Visual Tahun Empat iaitu: lakaran,lukisan, media, ilustrasi dan huruf, kemahiran, garisan lakaran dan model. Hasil ujian teori menunjukkan pencapaian murid dalam lima konstruk meningkat. Domain kemahiran telahmenunjukkan peningkatan yang paling tinggi iaitu sebanyak 22% diikuti oleh ilustrasi danhuruf yang meningkat sebanyak 20.5%. Aspek lakaran juga meningkat sebanyak 11.4%. Peningkatan yangkecil adalah konstruk model sebanyak 3.1% dan konstruk garisan dan lakaran yang meningkat hanyasebanyak 0.7%. Hasil pemerhatian dan temu bual menunjukkan sokongan guru terhadap proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas Pendidikan Seni Visualadalah kritikal. Dapatan soal selidik pula mendapati murid menunjukkan minat (M=3.64;SP=1.37) terhadap tayangan Sites Frog VLE. Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan aplikasi Sites Frog VLE adalah berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid melaluiDiorama. Murid juga berminat dengan tayangan Sites Frog VLE yang menarik. Implikasi kajianmenunjukkan aplikasi Sites Frog VLE boleh digunakan secara meluas untuk meningkatkankemahiran murid dalam PendidikanSeni Visual.