Analisis resapan inovasi telegram dari aspek tingkah laku dan pencapaian murid dalam penulisan karangan

Kajian ini bertujuan menganalisis tingkah laku dan pencapaian murid dari sudut unsurresapan inovasi aplikasi Telegram dalam penulisan karangan dialog. Objektif kajian ini adalahuntuk memerhatikan kekerapan tingkah laku murid semasa menggunakan aplikasi Telegram darisudut kelebihan relatif dan kesesu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Aminul Khalil Zaini
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5575
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis tingkah laku dan pencapaian murid dari sudut unsurresapan inovasi aplikasi Telegram dalam penulisan karangan dialog. Objektif kajian ini adalahuntuk memerhatikan kekerapan tingkah laku murid semasa menggunakan aplikasi Telegram darisudut kelebihan relatif dan kesesuaian aplikasi Telegram semasa pengajaran karangan jenis dialog.Kajian ini juga menganalisis unsur resapan inovasi dalam karangan dialog murid setelah menggunakanaplikasi Telegram menerusi skor min ujian pra dan ujian pasca. Perbezaan skor min ujian pra danujian pasca kumpulan sedia ada (intek) yang terdiri daripada 32 orang murid Tahun Enam di Perakdianalisis menggunakan statistik Ujian-t Sampel Berpasangan. Kajian berasaskan reka bentukkuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan menerusi pemerhatian denganmenggunakan borang senarai semak tingkah laku murid. Kaedah kuasi eksperimen juga digunakan untukujian penulisan karangan dialog. Hasil kajian menunjukkan skor kekerapan tingkah laku adalahpositif terhadap semua item senarai semak pemerhatian yang dikaitkan dengan unsur resapan inovasi aplikasi Telegram. Murid dilihat memberikan tumpuan daripada aspek pandangan matadan postur badan (kekerapan = 28; 87.5%), memaparkan isi pelajaran dalam bentuk yang berbeza(kekerapan = 28; 87.5%), memberikan respons yang pantas dalam pengembangan idea (kekerapan = 28;87.5%), menggunakan bahasa Melayu yang standard (kekerapan = 26; 81.3%), cekap menggunakan aplikasiTelegram (kekerapan = 24; 75.0%) dan memanfaatkan media tambahan dalam aplikasi tersebut (kekerapan= 17; 53.1%). Hasil analisis ujian-t juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara skor minujian pra dan ujian pasca, iaitu t = -7.8, p=0.000, (p