Kesan penggunaan kaedah demonstrasi VLOG terhadap pembelajaran elemen reka bentuk garisan dalam kalangan pelajar diploma

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan penggunaan kaedah demonstrasi vlog dalam pembelajaranelemen reka bentuk garisan dalam kalangan pelajar diploma UPSI. Kajian ini dilaksanakanmelalui pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kumpulan kawalan ujian pra-pasca eksperimensebenar. Sampel kajian ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Imran Razali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5577
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan penggunaan kaedah demonstrasi vlog dalam pembelajaranelemen reka bentuk garisan dalam kalangan pelajar diploma UPSI. Kajian ini dilaksanakanmelalui pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kumpulan kawalan ujian pra-pasca eksperimensebenar. Sampel kajian terdiri daripada 42 pelajar diploma yang dipilih melalui pensampelan rawakmudah. Mereka dibahagikan kepada satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan yang menggunakankaedah lakaran konvensional dan kaedah demonstrasi vlog, masing-masing. Satu soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data kuantitatif mengenai kesanpenggunaan kaedah demonstrasi vlog terhadap prestasi pembelajaran pelajar dan minat mereka dalammenggunakan kaedah berkenaan. Ujian visual juga dijalankan untuk mengukur prestasi pelajardalam pembelajaran elemen reka bentuk garisan. Data dianalisis secara perbandinganberdasarkan ujian-t tidak bersandar dengan perisian SPSS (versi 25.0). Dapatan menunjukkanterdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor prestasi antara kumpulan rawatan (M=13.24,SD=3.04) dan kumpulan kawalan (M=11.38, SD=2.80), t(40)=2.056, p=.046. Kesimpulannya,pembelajaran elemen reka bentuk garisan melalui kaedah demonstrasi vlog adalah lebih berkesan darikaedah pembelajaran konvensional. Dapatan yang memberangsangkan ini mempunyai beberapa implikasipraktikal terhadap amalan pengajaran di mana para pensyarah atau pengajar boleh menggunakankaedah demonstrasi vlog untuk mempertingkatkan prestasi pembelajaran pelajar dan minatmereka dalam pembelajaran seni dan rekabentuk.