Analisis kemahiran berfikir aras tinggi dan kesediaan guru dalam penulisan karangan Bahasa Melayu sekolah menengah
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kehadiran elemen-elemen KBAT serta pengaruhnyadalam penulisan karangan bahasa Melayu, mengenal pasti kesediaan guru dalampelaksanaan KBAT dalam PdP penulisan karangan dalam bahasa Melayu dan mengenal pasti teknik-teknikpengajaran diteroka oleh guru dalam meningkat...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5578 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan mengenal pasti kehadiran elemen-elemen KBAT serta pengaruhnyadalam penulisan karangan bahasa Melayu, mengenal pasti kesediaan guru dalampelaksanaan KBAT dalam PdP penulisan karangan dalam bahasa Melayu dan mengenal pasti teknik-teknikpengajaran diteroka oleh guru dalam meningkatkan pelaksanaan KBAT dalam PdP penulisan karanganbahasa Melayu sekolah menengah. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk interpretif digunakandalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah Hermeneutik untuk membuat interpretasi terhadapteks kajian. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan yang melibatkan 30 orangmurid aliran Sastera dan 30 orang murid aliran Sains dalam kalangan murid Tingkatan 4 dan 2 orangguru mata pelajaran bahasa Melayu di salah sebuah sekolah menengah di Bintulu, Sarawak. Teks yangdikaji ialah terdiri daripada skrip jawapan karangan murid, transkripsi temu bual dengan guru dantranskripsi pemerhatian terhadap pengajaran guru sebagai teks yang dikaji. Dapatan kajianmenunjukkan elemen KBAT dalam kategori menganalisis, menilai dan mencipta hadir dalampenulisan karangan dan didapati mempengaruhi kualiti penulisan karangan bahasa Melayu muridTingkatan 4 aliran Sastera dan aliran Sains. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan guru dari segipengetahuan dan kefahaman tentang KBAT serta mempunyai kemahiran menggunakan teknik, kaedahdan alat berfikir dalam PdP penulisan karangan bahasa Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkankeupayaan guru meneroka teknik bimbingan, teknik penyoalan dan teknik sumbangsaran dalammeningkatkan pelaksanaan KBAT dalam PdP penulisan karangan bahasa Melayu. Kesimpulan kajianmenunjukkan bahawa kehadiran elemen-elemen KBAT mempengaruhi hasil penulisan karangan murid.Kesediaan guru melaksanakan KBAT dalam PdP sangat penting untuk meningkatkan keupayaanmurid menyisip elemen-elemen KBAT dalam penulisan karangan. Implikasi kajian ini memberisumbangan keilmuan dalam bentuk pengetahuan pedagogi dalam bidang PdP penulisan karangandalam bahasa Melayu. Kajian ini berupaya menyumbangkepada literatur dengan keupayaan guru melaksanakan KBAT dalam PdP. |
---|