Pembangunan dan penilaian buku panduan pembelajaran teknik pengharmonian gitar jaz menggunakan lagu Melayu asli

Dalam pembelajaran gitar jaz, selain penguasaan terhadap alat muzik, pengetahuan terhadapharmoni jaz sangat diperlukan. Ini kerana pengetahuan harmoni ini bukan saja dapat membantu dalam melakukan improvisasi, ia boleh digunakan dalam menghasilkan gubahan semula dalambentuk kord melodi. Sebab itu wu...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Chamil Arkhasa Nikko Mazlan
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2021
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5620
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Dalam pembelajaran gitar jaz, selain penguasaan terhadap alat muzik, pengetahuan terhadapharmoni jaz sangat diperlukan. Ini kerana pengetahuan harmoni ini bukan saja dapat membantu dalam melakukan improvisasi, ia boleh digunakan dalam menghasilkan gubahan semula dalambentuk kord melodi. Sebab itu wujudnya banyak buku panduan atau buku metod gitar jaz dalam pasaranglobal. Malahan pembelajaran gitar jaz di Malaysia juga banyak menumpukan pembelajaran teknikpengharmonian menggunakan repertoir barat yang dikenali sebagai standard jaz, sedangkan pendidikanmuzik di Malaysia seharusnya mengangkat repertoir muzik tradisional tempatan. Hasilnya,repertoir tradisional kekal seperti dahulukala. Keadaan ini juga disebabkan dogma yang tertanamdalam kalangan pengiat muzik tradisional yang risau akan kehilangan nilai autentik dalamsesebuah muzik tradisional itu. Implikasinya pada pelajar muzik pula, muzik moden terus denganmodenisasi, muzik tradisional kekal dengan konvensional. Pengetahuan muzik itu boleh diaplikasikandalam konteks yang pelbagai. Dari permasalahan ini, satu kajian muzik hibrid perlu dilakukan. Untuktujuan itu, satu buku panduan pembelajaran teknik pengharmonian gitar jaz menggunakan lagu Melayu Asli dibangunkan, dengan menggunakan reka bentuk kajian kes eksperimental berasaskan pendekatan kualitatif. Buku dibangunkan dengan menggunakan ModelADDIE. Penilaian buku ini dilakukan dengan 4 orang pakar. Setelah selesai pengesahanpakar, buku yang dibangunkan ini diuji pada 5 orang partisipan yang bertindak sebagaipengguna yang menguji kebolehgunaan buku yang dihasilkan dalam satu eksperimen yang dinamakansebagai ujian amali pra dan pos. Data-data dikumpul melalui penggunaan analisis dokumen,pemerhatian dan temu bual. Hasil kajian dari penggunaan buku yang dibangunkan ini melaporkanbahawa buku yang dihasilkan ini dapat membantu pengguna menghasilkan gubahan semula kordmelodi melalui kaedah pengharmonian pengkonsepsian. Buku yang dihasilkan ini juga praktikal, mudahdifahami dalam membantu mereka dalam memperluaskan konseppengharmonian gitar jaz.