Burnout dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru Tadika

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara burnout dengan kepuasan kerja dalamkalangan guru Tadika Islam,Perak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat tiga aspek dalam burnout iaitu keletihan emosi, gangguan keperibadian kendiri dan pencapaianperibadi. Kajian ini menggunakan pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Fatihah Setapa
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5677
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara burnout dengan kepuasan kerja dalamkalangan guru Tadika Islam,Perak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat tiga aspek dalam burnout iaitu keletihan emosi, gangguan keperibadian kendiri dan pencapaianperibadi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan reka bentuk tinjauandeskriptif. Seramai 118 orang guru Tadika Islam, Perak dipilih secara rawak untuk dijadikansampel bagi kajian ini. Satu set soal selidik yang terdiri daripada Maslach burnout inventory(MBI-ES) di sediakan oleh Fatima Eid Zaid dan Majed Mohammad (2017) digunakan untukmengukur tahap burnout guru Tadika Islam,Perak dan satu set soal selidik Teacher Job SatisfactionQuestionnaire (TJSQ) disediakan oleh Cheng dan Chen (2011) di gunakan bagi mengukur kepuasankerja dalam kalangan guru. Data kajian yang diperoleh dianalisis menggunakan StatisticPackages for Sosial Science (SPSS) melibatkan statistik deskriptif dan analisis inferensi.Analisis deskriptif menjelaskan tahap burnout dan kepuasan kerja guru, manakala statistikinferensi melibatkan ujian korelasi Pearson yang menerangkan perhubungan yang mungkin wujud antarapemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap burnout guru tadika berada ditahap sederhana manakala tahap kepuasan kerja pula pada tahap yang tinggi. Hasil dapatankajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara burnout dan kepuasan kerja dalam kalangan guru Tadika (r=.041,p=0.662). Seterusnya, dapatan jugamenunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sub skala burnout sub skalakeletihan emosi (r=.084, p=0.368), sub skala depersonalisasi (r=-.026, p=0.781), sub skalapencapaian peribadi (r=.022, p=0.810) dengan kepuasan kerja. Secara kesimpulannya pengkajiberanggapan dapatan ini adalah disebabkan oleh sesetengah guru boleh menerima cabaran dan bertahandalam profesion mereka dengan memberi perkhidmatan yang cemerlang. Implikasi daripada kajian inidiharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak bertanggung jawab terutamanya kepada guruTadika supaya dapat menjalankan tanggung jaw b dengan lebih profesional apabilamenyedari danmemahami tentang burnout.