Keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dalam novel-novel terpilih

Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan novel NaratifOgonshoto dan novel Penyeberang Sempadan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatifdengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas dan dasar kajian inidianalisis melalui empat prin...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mohamad Rosmizi Mahamad
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2021
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5678
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan novel NaratifOgonshoto dan novel Penyeberang Sempadan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatifdengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas dan dasar kajian inidianalisis melalui empat prinsip teori Teksdealisme iaitu prinsip kehadiran, prinsippelanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa,keunggulan Anwar Ridhwan dalam prinsip kehadiran teori Teksdealisme telah berjaya menghadirkan pengalaman melalui pengembaraan, pengalaman perkhidmatan, kehidupan masyarakatdan penyelidikan yang dilakukan. Begitu juga prinsip pelanggaran yang membolehkan Anwar Rihdwanberani mengemukakan pelanggaran tema dan persoalan, pelanggaran dari segi watak dan perwatakanserta pelanggaran nilai kemanusiaan yang memberi pembaharuan idea dalam kepengarangan. Prinsippengukuhan pula, membuktikan kesungguhan Anwar Ridhwan meningkatkan kualiti kedua-dua novelmelalui pengukuhan nilai murni yang disampaikan dengan penuh perlambangan dan simbolisme. PrinsipIndividualisme pula telah mengangkat cita-cita dan personaliti Anwar Ridhwan melalui pemantapandiri dan teks, keperibadian dari segi gaya bahasa serta membentuk stailistik dan persembahan novelyang dipengaruhi ideologi realisme. Analisis terhadap empat prinsip teori Teksdealismeturut menemukan konsep keunggulan baharu iaitu Citra Keunggulan Insan melalui tigaprinsip iaitu prinsip hijrah, prinsip jati diri dan prinsip insaniah. Prinsip hijrahdiasosiasikan melalui prinsip kehadiran manakala prinsip jati diri diasosiasikan melaluiprinsip pelanggaran dan prinsip pengukuhan serta prinsip Insaniah telah diasosiasikan melalui prinsip individualisme. Keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dibuktikan hadir melalui pengalaman yang mencetuskan idea dengan pembahaharuan sertadiperkukuh dengan nilai-nilai murni selain turut mempertingkat personaliti kepengarangan.Justeru, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai asas memahami proseskepengarangan dan membantu pembaca memilih karya yang unggul serta mendorong pengarangkini mempertingkatkan karya dengan menampilkan elemen penting dalam proseskepengarangan.