Analisis ciri repertoir, teknik vokal dan kaedah latihan koir cemerlang sekolah rendah

Pertandingan koir merupakan satu medan persaingan yang hebat antara sekolah- sekolahrendah yang bertanding. Persaingan ini wujud kerana pasukan koir masing- masing inginmemperoleh pingat emas, meningkatkan mutu ataupun menunjukkan kualiti persembahan mereka.Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melih...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Joshua Raj Pitchemuthu
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5681
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertandingan koir merupakan satu medan persaingan yang hebat antara sekolah- sekolahrendah yang bertanding. Persaingan ini wujud kerana pasukan koir masing- masing inginmemperoleh pingat emas, meningkatkan mutu ataupun menunjukkan kualiti persembahan mereka.Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat ciri-ciri repertoir, penguasaan teknik vokaldan pelaksanaan kaedah latihan kumpulan koir berprestasi cemerlang untuk memperolehkemenangan dalam pertandingan koir di kebangsaan dan di peringkat antarabangsa. Sebanyak tigabuah kumpulan koir sekolah rendah berprestasi cemerlang di Negeri Selangor telah terlibat dalamkajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan kaedah kualitatif. Data bagikajian ini diperoleh melalui tiga instrumen iaitu analisis dokumen, temu bual, dan pemerhatian.Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pemilihan repertoir berpusatkan kumpulan koir dan penguasaan teknik vokal melalui kaedah latihan telah menyumbang kemenangan sesebuahkumpulan koir berprestasi cemerlang. Pengkaji berharap kajian ini dapat memberi manfaat sertapanduan yang berguna kepada pentadbiran, guru-guru muzik sekolah rendah berkaitan pedagogikoral dan pelbagai faktor yangmempengaruhi kejayaan kumpulan koir sekolah rendah.