Pengurusan intelek kanak-kanak berdasarkan prinsip kepimpinan dalam animasi Upin dan Ipin

Kehebatan dalam pembangunan teknologi dan perisian evolusi animasi tempatan menular seiring denganperkembangan pembelajaran kanak-kanak. Ketinggian daya fikir yang terkandung dalampenceritaannya mempamerkan kesignifikanan dan kerelevanannya untuk mendidik kanak-kanakmelalui pengalaman dalam multime...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norsaliza Mohd Shuhaini
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5684
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kehebatan dalam pembangunan teknologi dan perisian evolusi animasi tempatan menular seiring denganperkembangan pembelajaran kanak-kanak. Ketinggian daya fikir yang terkandung dalampenceritaannya mempamerkan kesignifikanan dan kerelevanannya untuk mendidik kanak-kanakmelalui pengalaman dalam multimedia. Sehubungan itu, objektif kajian ini dijalankan adalahuntuk pertama, mengenal pasti dimensi yang terdapat dalam Prinsip Kepimpinan berdasarkankandungan transkripsi video animasi Upin dan Ipin terpilih; kedua, menganalisis kandungantranskripsi video animasi Upin dan Ipin terpilih dalam menguruskan intelek kanak-kanakberdasarkan Prinsip Kepimpinan; dan ketiga, merumuskan keupayaan kepimpinan menguruskanintelek kanak-kanak dalam transkripsi video animasi Upin dan Ipin terpilih. Kajianini dijalankan dengan mengaplikasikan Prinsip Kepimpinan yang terkandung dalamPendekatan Pengurusan (Mohamad Mokhtar Abu Hassan, 2013), iaitu satu pendekatan baharudalam dunia Kritikan Sastera. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan PendekatanKajian Kualitatif dengan reka bentuk Fenomenologi berdasarkan Kaedah Analisis KandunganTranskripsi Video. Pemaparan animasi Upin dan Ipin dilihat mempamerkan keupayaan kepimpinanmenguruskan intelek kanak-kanak tanpa sengaja dan tiada paksaan melalui proses PembelajaranBerasaskan Cabaran. Kesimpulannya, Prinsip Kepimpinan yang ditonjolkan bersama DimensiPendidikan ini amat signifikan untuk memperlihatkan pengurusan intelek kanak-kanak berlakumelalui perubahan sikap negatif kepada amalan yang baik. Implikasi kajian ini mendapatipengurusan intelek kanak-kanak berjaya diuruskan melalui kesahihan pembuktiannya hasilgabungan pengaplikasian Prinsip Kepimpinan (Mohamad Mokhtar Abu Hassan, 2013) denganGaya Kepimpinan Kecerdasan Emosi (Goleman, D. 2000), Komponen Kecerdasan Emosi (Goleman,D.2019), dan Aktiviti Kepimpinan (Lambert, L. 2010).