Tahap penguasaan kemahiran asas mengajar aspek media digital guru pelatih pendidikan khas

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap penguasaan guru pelatih pendidikan khas terhadapkemahiran asas mengajar aspek media digital. Reka bentuk soal selidik kajian tinjauanini dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif yang terdiri daripada statistikdeskriptif. Objektif kajian adalah mengenal pasti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Fittrah Hassan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5686
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji tahap penguasaan guru pelatih pendidikan khas terhadapkemahiran asas mengajar aspek media digital. Reka bentuk soal selidik kajian tinjauanini dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif yang terdiri daripada statistikdeskriptif. Objektif kajian adalah mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran asasmengajar aspek media digital guru pelatih pendidikan khas bagi menyumbang kepadaamalan pengintegrasian revolusi pendidikan 4.0 dalam pengajaran dan pemudahcaraandi program pendidikan khas integrasi. Seramai 45 orang guru pelatih pendidikan khasdipilih sebagai responden kajian melalui pensampelan tujuan bagi mewakili populasiguru pelatih pendidikan khas. Instrumen kajian diadaptasi daripada modul penilaianpengajaran, teknologi dan pentaksiran latihan perguruan dan telah mendapat kesahandaripada dua orang pakar bidang Pendidikan Khas dengan nilai Cronbach Alpha, =0.736 dan Cohen Kappa, = 1.0 adalah diterima. Hasil analisis kajian pada konstrukpengetahuan guru pelatih pendidikan khas terhadap kemahiran asas mengajar aspekmedia digital menunjukkan nilai min 3.90 > >4.77 adalah baik. Hasil analisis kajianpada konstruk tahap penguasaan yang terdiri daripada 11 domain iaitu kemahiranmemulakan pengajaran (M=4.38), kemahiran menerang (M=4.42), kemahiran menyoal(M=4.52), kemahiran mengilustrasi dengan contoh (M=4.51), kemahiran variasiransangan (M=4.36), kemahiran komunikasi (M=4.29), kemahiran mengukuh(M=4.29), kemahiran menutup (M=4.02), kemahiran menyusun bilik darjah (M=4.23),kemahiran demonstrasi (M=4.33) dan kemahiran mengurus tingkah laku (M=4.24)adalah pada tahap baik maka terdapat hubungan signifikan diantara tahap penguasaankemahiran asas mengajar aspek media digital guru pelatih pendidikan khas. Teorikonstruktivis dan teori scaffolding mendasari kajian guru pelatih pendidikan khas.Implikasi kajian membuktikan guru pelatih pendidikan khas perlu menguasaikemahiran asas mengajar aspek media digital terutamanya pengoperasian media digitalsewaktu pengajaran dan pembelajaran di persekitaran sekolah demi memenuhikeperluan pembelajaran murid pendidikan khas.