Penilaian amalan pentaksiran kreatif dalam pendidikan prasekolah

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti maksud pentaksiran kreatif mengikutpandangan guru prasekolah.Selain itu kajian ini adalah untuk menilai amalanpentaksiran kreatif di kalangan guru dalam pendidikan prasekolah berdasarkantemubual, pemerhatian dan cara guru menilai hasil kerja murid serta membi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salzuriawani Ridzwan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5693
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti maksud pentaksiran kreatif mengikutpandangan guru prasekolah.Selain itu kajian ini adalah untuk menilai amalanpentaksiran kreatif di kalangan guru dalam pendidikan prasekolah berdasarkantemubual, pemerhatian dan cara guru menilai hasil kerja murid serta membina contohrubrik penilaian hasil kerja murid berdasarkan elemenkreativiti(kelancaran,keluwesan,kejelasan dan keaslian)selari dengan prinsippentaksiran kreatif.Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telahdigunakan dalam kajian ini dengan melibatkan kaedah triangulasi data iaitupemerhatian,temu bual dan analisis dokumen.Subjek kajian melibatkan empat orangguru prasekolah dari empat jenis prasekolah yang berbeza di Daerah TanjongMalim,Perak. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah protokoltemubual dan nota catatan lapangan.Data dianalisis dengan menggunakan analisistranskip temubual dan pemerhatian serta analisis dokumen. Hasil dapatan kajianmenunjukkan bahawa keempat-empat subjek kajian memberikan maksud pentaksirankreatif adalah hasil kerja yang lain dari yang lain.Dapatan kajian juga menunjukkanguru telah melaksanakan amalan pentaksiran kreatif berlandaskan kaedah pentaksiranyang digunakan, instrumen pentaksiran, kriteria penilaian hasil kerja serta penskorandan penggredan.Analisis dari temubual dan pemerhatian pula menunjukkan beberapakelemahan dalam amalan pentaksiran kreatif kerana terdapat guru yang masihmengamalkan pentaksiran berbentuk ujian bertulis.Hasil dapatan dari analisis elemenelemenkreativiti (kelancaran, keluwesan, kejelasan dan keaslian) berdasarkan hasilkerja murid prasekolah juga menunjukkan elemen-elemen ini kurang dipraktikkan dandigunapakai oleh guru-guru prasekolah. Kesimpulan daripada kajian menunjukkanamalan pentaksiran kreatif ini kurang diamalkan dan masih terdapat guru-guru yangtidak memahami pentaksiran kreatif serta masih mengamalkan pentaksiran yangsama. Implikasi kajian menunjukkan amalan pentaksiran kreatif yang dilaksanakandapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sertapentaksiran dalam pendidikan prasekolah. Selain itu analisis dari hasil kerja muridyang telah disusun mengikut elemen-elemen kreativiti sehingga terhasilnya rubrikpentaksiran yang boleh digunakan.Rubrik yang berjaya dihasilkan dapatmenyumbang kepada penambahbaikan dalam pentaksiran dan boleh digunakan untukkajian-kajian di masa depan