Modifikasi pembentukan indeks kecergasan fizikal pelajar perempuan berumur 13 tahun di wilayah zon Keramat Kuala Lumpur

Kajian ini dijalankan untuk membuat penambahbaikan komponen ujian dalam SEGAK danpembinaan indeks ke atas pelajar perempuan berumur 13 tahun di Wilayah Zon Keramat, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan kaedah normatif.Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ind...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mimi Hartini Omar
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5703
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk membuat penambahbaikan komponen ujian dalam SEGAK danpembinaan indeks ke atas pelajar perempuan berumur 13 tahun di Wilayah Zon Keramat, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan kaedah normatif.Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Indeks Jisim Tubuh, Lompat Jauh Berdiri, BangkitTubi Lutut Bengkok, Kelenturan dan PACER. Seramai 240 orang sampel pelajar perempuan berumur 13tahun di lima buah sekolah menengah dipilih secara persampelan berstrata, rawak berlapisdan rawak mudah. Sekolah Menengah Kebangsaan Zon R1 Wangsa Maju (n=56), Sekolah MenengahKebangsaan Seri Titiwangsa (n=15), Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Ampang (n=63), SekolahMenengah Kebangsaan Wangsa Melawati (n=48) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah(n=58) telah terpilih sebagai lokasi kajian. Nilai kebolehpercayaan diperolehi melalui kaedahuji dan ulang uji. Manakala nilai objektiviti intra tester reliability dan inter tester reliabilitymenggunakan kaedah korelasi. Hasil dapatan menunjukkan bahawa indeks komposisi lemak, kuasaotot, daya tahan otot, kelenturan dan daya tahan kardiovaskular dapat dibina berdasarkan bateriujian yang telah digunakan. Analisis yang telah dilakukan jelas menunjukkan bahawa tiadasebarang ralat atau permasalahan data yang dihadapi oleh penyelidik dalam aspek mencarikebolehpercayaan dan kesahan kajian ini. Hasil kajian ini dapat digunakan oleh guru-guru di sekolahuntuk menentukan komponen kecergasan fizikal yang berkaitan. Hasil dapatan kajian jugamembuktikan bahawa pelajar perempuan berumur 13 tahun yang telah mencapai usia baliqh adalahtidak mahu bersenam dan menghadkan penglibatan dalam aktiviti sukan. Kajian ini telah memberikanimplikasi kepada penggunaan indeks yang sah dan boleh dipercayai kepada murid perempuan berumur 13tahun bagi memudahkan pemantauan secara berkala terhadap tahap kecergasan fizikal. Selaindaripada itu indeks ini juga berfungsi sebagai alat untuk ibu bapa memantau dan seterusnyameningkatkan tahap kesedaran dan kepentingankecergasan fizikal murid.