Pembangunan kit pemantau (koswer) bagi kursus pendawaian elektrik di Politeknik premier Malaysia

Tujuan kajian ini untuk membangunkan kit pemantau (koswer) bagi Kursus PendawaianElektrik di Politeknik Premier Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunanperisian. Teori pengalaman Dale, teori behaviorisme, teori pembelajaran Ausubel, teoriDual-Coding Paivio, teori pembelajaran kogniti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Aida Aslinda Norizan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5709
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini untuk membangunkan kit pemantau (koswer) bagi Kursus PendawaianElektrik di Politeknik Premier Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunanperisian. Teori pengalaman Dale, teori behaviorisme, teori pembelajaran Ausubel, teoriDual-Coding Paivio, teori pembelajaran kognitif melalui multimedia Mayer telah digunakansebagai asas pembinaan kit pemantau (koswer) bagi Kursus Pendawaian Elektrik. Model ADDIEpula digunakan sebagai model pembangunan perisian. Terdapat lima (5) fasa dalam model ADDIEiaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasapenilaian. Populasi kajian ini terdiri daripada pensyarah Teknologi Elektrik (N=44) dan pelajar(N=949) di Politeknik Premier. Menggunakan jadual saiz sampel Krejcie dan Morgan, seramai44 orang pensyarah dan 319 orang pelajar telah dipilih secara rawak berstrata. Instrumenkajian terdiri daripada dua (2) set borang soal selidik yang telah disahkan oleh empat (4) orangpakar dalam pelbagai bidang. Kebolehpercayaan instrumen telah diuji dengan menggunakan pekaliAlfa Cronbach iaitu = 0.97 bagi soal selidik pelajar dan = 0.98 bagi soal selidikpensyarah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, mindan sisihan piawai. Kesahan kit pemantau (koswer) oleh 13 orang pakar pelbagai bidangberada pada tahap sangat baik iaitu bagi kandungan elektrik (96%), multimedia (89%) danbahasa (95%). Penilaian pensyarah kursus pula menunjukkan mereka sangat bersetuju terhadapkebolehgunaan kit pemantau (koswer) daripada aspek bahasa (M=4.11, SP=0.493), pedagogi(M=4.38, SP=0.459), kurikulum (M=4.33, SP=0.431), multimedia (M=4.31, SP=0.460) dan teknikal(M=4.23, SP=0.488). Maklumbalas pelajar pula menunjukkan mereka juga percaya bahawa kitpemantau (koswer) adalah sesuai untuk digunakan untuk kursus teknologi elektrik daripadaaspek multimedia (M=4.18, SP=0.491), teknikal (M=4.13, SP=0.538), kecenderungan minat pelajar(M=4.18, SP=0.497) dan motivasi (M=4.15, SP=0.515). Kesimpulannya, kit pemantau (koswer) adalahsesuai untuk dijadikan sebagai bahan sokongan pembelajaran akses kendiri kursus teknologi elektrik.Implikasinya, kit pemantau (koswer) ini boleh digunakan oleh pensyarah teknologi elektrikdi Politeknik Malaysia dan di institusi teknikal dan kemahiran yanglain.