Pembangunan perisian pembelajaran M-SMAW kursus teknologi kimpalan di Kolej Vokasional Malaysia Zon Tengah

Tujuan kajian ini untuk membangunkan perisian pembelajaran M-SMAW bagi Modul Vokasional KursusTeknologi Kimpalan di Kolej Vokasional Zon Tengah. Kajian ini menggunakan reka bentukpembangunan perisian. Kajian ini menggunakan teori behaviorisme, kognitif, teori bebankognitif, teori kognitif pembelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Halimaton Shamsudin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5712
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini untuk membangunkan perisian pembelajaran M-SMAW bagi Modul Vokasional KursusTeknologi Kimpalan di Kolej Vokasional Zon Tengah. Kajian ini menggunakan reka bentukpembangunan perisian. Kajian ini menggunakan teori behaviorisme, kognitif, teori bebankognitif, teori kognitif pembelajaran multimedia, teori konstruktivisme dan elemen multimedia sebagai asas pembinaan perisian pembelajaran M-SMAW bagi Kursus TeknologiKimpalan. Model ADDIE pula digunakan sebagai model pembangunan perisian. Terdapat lima (5) fasadalam model ADDIE iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan danfasa penilaian. Populasi kajian ini terdiri daripada pensyarah kimpalan di KolejVokasional (N=90) dan pelajar Kolej Vokasional (N=413) di zon tengah. Menggunakanjadual saiz sampel Krejcie dan Morgan, seramai 73 orang pensyarah dan 263 orangpelajar telah dipilih secara rawak berstrata. Instrumen kajian terdiri daripada 2 setborang soal selidik yang telah disahkan oleh 3 orang pakar dalam pelbagai bidang.Kebolehpercayaan instrumen telah diuji dengan menggunakan pekali Alfa Cronbach iaitu = 0.946 bagisoal selidik pelajar dan = 0.947 bagi soal selidik pensyarah. Data dianalisis menggunakanStatistical deskriptif seperti kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Kesahan perisianM-SMAW oleh 12 orang pakar berada pada tahap sangat baik iaitu bagi kurikulum (89%), pedagogi (90%), multimedia (92%), teknikal (92%) dan bahasa (87%). Penilaian pensyarahkursus pula menunjukkan mereka sangat bersetuju terhadap kebolehgunaan perisian M-SMAWdaripada aspek kurikulum (M=4.37, SP=0.53), pedagogi (M=4.40, SP=0.53), multimedia (M=4.34, SP=0.59) dan teknikal (M=4.51, SP=0.55). Maklumbalas pelajar pulamenunjukkan mereka juga percaya bahawa perisian M-SMAW adalah sesuai untuk digunakanuntuk kursus teknologi kimpalan daripada aspek kurikulum (M=4.43, SP=0.53), teknikal(M=4.40, SP=0.60), multimedia (M=4.50, SP=0.58).Kesimpulannya, perisian M-SMAW adalah sesuai untuk dijadikan sebagai bahan sokongan pembelajaran akses kendiri kursus teknologi kimpalan. Implikasinya, perisian ini boleh digunakan oleh pensyarah teknologi kimpalan di institusipendidikan vokasional dan pusat latihan kemahiran.