Penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi murid tahun lima dalam penyelesaian masalh Matematik berayat
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaaan kemahiran berfikir aras tinggimengikut empat aras iaitu aplikasi, analisis, menilai dan mencipta dalam kalangan muridTahun Lima dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Penguasaan kemahiran berfikiraras tinggi ini diklasifasikan berdasarkan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5753 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaaan kemahiran berfikir aras tinggimengikut empat aras iaitu aplikasi, analisis, menilai dan mencipta dalam kalangan muridTahun Lima dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Penguasaan kemahiran berfikiraras tinggi ini diklasifasikan berdasarkan Taksonomi Bloom semakan semula oleh Anderson danKrathwohl. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan peserta kajiandijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan 10 orang pelajar Tahun Lima di sebuah sekolahdi Daerah Pekan Pahang. Instrumen yang digunakan ialah satu set ujian kemahiran berfikir arastinggi. Kajian ini menggunakan teknik pengumpulan data secara menyuarakan fikiran (thinkaloud), temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data diperoleh daripada rakaman video danaudio. Kajian mendapati penguasaan murid dalam penyelesaian masalah matematik berayat baik dankurang memuaskan. Dapatan kajian juga menunjukkan murid yang berprestasi cemerlang menguasai arasKBAT aplikasi, analisis, menilai dan mencipta dengan baik. Manakala murid yang berprestasisederhana mampu menguasai tiga aras KBAT sahaja iaitu aplikasi, analisis dan menilai. Mereka gagalmenguasai aras yang paling tinggi dalam Taksonomi Bloom iaitu aras mencipta yang jugamenunjukkan penguasaan KBAT mereka kurang memuaskan. Kesimpulannya, murid yangberprestasi cemerlang berupaya menguasai semua aras KBAT manakala murid berprestasisederhana hanya mampu menguasai tiga aras KBAT sahaja. Implikasi daripada kajianmenunjukkan pengajaran dan pembelajaran seharusnya tidak hanya memfokuskan aktiviti rutinseperti tahu menggunakan rumus dan prosedur semata- mata. Penekanan terhadap aktivitibukan rutin seperti Real Mathematic Education (RME) iaitu pengajaran matematik sebenar dapatmeningkatkan penguasaan kemahiranberfikir aras tinggi murid dalam matematik. |
---|