Kefahaman murid tahun lima dalam menyelesaikan masalah Matematik pecahan
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis kefahaman dalam pecahan mengikutdua jenis kefahaman iaitu kefahaman instrumental dan kefahaman relasional dalam kalanganmurid Tahun Lima dalam menyelesaikan masalah matematik berbentuk pecahan. Kefahamaninstrumental diklasifikasikan berdasarkan model k...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5761 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis kefahaman dalam pecahan mengikutdua jenis kefahaman iaitu kefahaman instrumental dan kefahaman relasional dalam kalanganmurid Tahun Lima dalam menyelesaikan masalah matematik berbentuk pecahan. Kefahamaninstrumental diklasifikasikan berdasarkan model kefahaman Skemp manakala kefahaman relasionaldiklasifikasikan berdasarkan Model Kefahaman Matematik oleh Pirie Kieren. Pendekatan kualitatiftelah digunakan dalam kajian kes ini. Pemilihan peserta kajian dijalankan secara pensampelanbertujuan melibatkan 10 orang pelajar Tahun Lima di sebuah sekolah di daerah Pekan, Pahang.Instrumen yang digunakan ialah set ujian penyelesaian masalah matematik pecahan. Kajianini menggunakan teknik pengumpulan data secara menyuarakan fikiran (think aloud), temubual,pemerhatian dan analisis dokumen. Data diperoleh daripada rakaman video dan audio. Kajian mendapatikefahaman murid dalam penyelesaian masalah matematik pecahan tertumpu kepada dua jenis iaitukefahaman instrumental dan kefahaman relasional. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa muridcemerlang dan sederhana memiliki kedua-dua jenis kefahaman yang dikaji. Mereka menguasaikefahaman relasional yang terdiri daripada pengetahuan sedia ada, melakukan imej, mempunyai imej,mengenalpasti sifat, menformalkan, dan memerhati. Mereka gagal menguasai lapisan keduaterakhir dalam model kefahaman Pirie Kieren iaitu penstrukturan dan mencipta. Manakala muridyang berprestasi sederhana didapati lebih cenderung memiliki kefahaman instrumental iaitu menghafal fakta dan formula serta melaksanakan prosedur penyelesaian tanpakefahaman. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam kefahamanmatematik mengenai pecahan dalam kalangan murid cemerlang dan sederhana iaitu muridcemerlang memiliki kefahaman relasional manakala murid sederhana memiliki kefahamaninstrumental. Implikasi daripada kajian ini adalah penekanan terhadap kefahaman relasionaldapat meningkatkan kefahaman konseptual murid iaitu menguasai konsepmatematik sepenuhnya. |
---|