Nilai dan fungsi tangon-tangon masyarakat Kadazandusun dalam pembentukan karakter murid sekolah

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis nilai dan fungsi yang terdapat dalam beberapatangon-tangon (cerita rakyat) masyarakat Kadazandusun, serta mengenal pasti strategi pengajaranguru dalam mendedahkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam tangon- tangon (cerita rakyat)bagi pembentukan karakter mur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Florina Jumil
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5763
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis nilai dan fungsi yang terdapat dalam beberapatangon-tangon (cerita rakyat) masyarakat Kadazandusun, serta mengenal pasti strategi pengajaranguru dalam mendedahkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam tangon- tangon (cerita rakyat)bagi pembentukan karakter murid sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif. Pengumpulan data melalui tiga sumber iaitupemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dokumen yang dianalisis ialah Himpunan Cerita Kadazandusun menggunakan Teori Pendekatan Moral sebagai landasan utama danTeori Formalistik sebagai teori sokongan pengkaji. Kaedah persampelan digunakan untuk menentukankesesuaian responden agar selari dengan objektif kajian. Seramai 7 orang guru Bahasa Kadazandusundan 72 orang murid tahap dua di beberapa buah sekolah rendah sekitar daerah Ranau Sabah, yangterlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian dalam analisis dokumen menunjukkan bahawa tangon-tangon (cerita rakyat) masyarakat Kadazandusun mempunyai nilai-nilai murni yangsesuai diterapkan kepada murid sekolah. Seterusnya, terdapat 3 fungsi utama tangon-tangon(cerita rakyat) iaitu hiburan, pendidikan dan alat kawalan sosial. Dapatan kajian dalam temu bual mendapati bahawa walaupun tangon-tangon (cerita rakyat) bukanlah faktor utamadalam pembentukan karakter, tetapi ia menjadi pemangkin kepada pembentukan karakter dalammenanamkan nilai kasih saying, kerajinan, kejujuran, toleransi dan menghormati orang tua khususnya dalam kalangan murid-murid sekolah. Kesimpulannya, kajian ini mendapati tangon-tangon (cerita rakyat) masyarakat Kadazandusun dapat membantu kepadapembentukan karakter murid sekolah melalui nilai dan fungsi yang terdapat dalam cerita tersebut.Implikasi kajian, menunjukkan tangon-tangon (cerita rakyat) mampu menyumbang membentukakarakter murid dengan usaha pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru-guru dan KPMdalam memperluaskan lagi penggunaan cerita rakyat seperti tangon-tangon sama ada dalamPdP atau kehidupan seharian.