Pembangunan Modul Peta Pemikiran i-Think bagi mata pelajaran sains tahun 5

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Peta Pemikiran i-Think bagi matapelajaran Sains tahun lima sekolah rendah. Model ADDIE digunakan untukmembangunkan modul ini yang mempunyai lima peringkat iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan,perlaksanaan dan penilaian. Modul yang dihasilkan ini tela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azlili Murad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5766
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Peta Pemikiran i-Think bagi matapelajaran Sains tahun lima sekolah rendah. Model ADDIE digunakan untukmembangunkan modul ini yang mempunyai lima peringkat iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan,perlaksanaan dan penilaian. Modul yang dihasilkan ini telah melalui kajian rintis dandigunakan oleh dua orang guru di dalam bilik darjah untuk menguji kebolehgunaannya. Modul initelah diuji kesahannya oleh lapan orang pakar dengan menggunakan borang senarai semak. Segala penambahbaikan dilakukan setelah peringkat penilaian selesai. Hasilnya, sebuah Modul Peta Pemikiran i-Think telah dihasilkan yang terdiri daripada empat bahagian iaitumaklumat mengenai i-Think, maklumat mengenai lapan peta pemikiran, rancangan pengajianharian (RPH) dan lembaran kerja berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Modulini adalah sebagai rujukan dan panduan bagi memudahkan guru menggunakan peta pemikiran i-Think di dalam bilik darjah. Modul ini dijangka akan membantu meningkatkantahap penguasaan, minat dan sikap murid terhadap mata pelajaranSains khususnya murid sekolah rendah di Malaysia.