Keberkesanan perisian multimedia interaktif 'Mari Baca' dalam pembelajaran suku kata murid autistik
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengkaji keberkesanan perisianmultimedia interaktif Mari Baca dalam membantu murid autistik mempelajari suku kata. Di sampingitu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada penggunaan perisian inidapat menarik minat murid autistik dalam pembel...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5770 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengkaji keberkesanan perisianmultimedia interaktif Mari Baca dalam membantu murid autistik mempelajari suku kata. Di sampingitu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada penggunaan perisian inidapat menarik minat murid autistik dalam pembelajaran suku kata KVKV. Pembangunan perisianmenggunakan model ADDIE dan telah disahkan oleh tiga orang pakar iaitu dua orang pakarPendidikan Khas dan seorang pakar Teknologi Pendidikan. Pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan responden kajian dijalankan secarapensampelan bertujuan melibatkan dua orang murid autistik aras sederhana dan dua orangguru pendidikan khas di sebuah sekolah rendah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi diSelangor. Kajian ini menggunakan teknik pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual bagi mengumpuldata empirikal kajian. Tiga jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu ujian suku kata,senarai semak dan protokol temu bual. Hasil temu bual awal dengan guru menunjukkan kedua-duaresponden belum dapat membaca suku kata KV atau KVKV sebelum diajar dengan menggunakanperisian Mari Baca. Manakala selepas menggunakan perisian ini, hasil temu bual guru, analisisdokumen dan pemerhatian menunjukkan murid autistik berupaya membaca suku kata KV,menggabung dan membaca suku kata KV+KV, dan memadankan suku kata KVKV dengan gambar yang betul.Selain itu, dapatan senarai semak dan temu bual guru menunjukkan penggunaan perisian inijuga telah membantu meningkatkan minat murid autistik untuk mempelajari suku kata. Kesimpulankajian menunjukkan penggunaan perisian Mari Baca dapat meningkatkan keupayaan dan minat membacasuku kata KVKV murid autistik berdasarkan hasil temu bual guru. Implikasi kajian menunjukkanpenggunaan perisian Mari Baca yang dibangunkan berasaskan model ADDIE ini adalah sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan bagimenggalakkan murid autistik untuk belajar Bahasa Melayu. |
---|