Kecenderungan kerjaya sebagai perunding takaful dalam kalangan pelajar universiti awam

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor - faktor yang mempengaruhi kecenderungan kerjaya sebagai E_erunding Takaful dalam kalangan pelajar Universiti Awam (UA) Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan melibatkan dua (2) buah Universiti Awam (UA) dan tiga ratus lapan pulu...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Dayang Zannarie Afnahton Aida Ahmad
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5781
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor - faktor yang mempengaruhi kecenderungan kerjaya sebagai E_erunding Takaful dalam kalangan pelajar Universiti Awam (UA) Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan melibatkan dua (2) buah Universiti Awam (UA) dan tiga ratus lapan puluh empat (384) orang responden yang mengikuti pengajian di UNIMAS dan UITM (Kampus Puncak Alam). Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan instrumen soal selidik. Data dianalisis menggunakan ujian-t dan ujian korelasi. Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju faktor yang paling mempengaruhi kecenderungan kerjaya sebagai Perunding Takaful adalah faktor sikap dengan memperolehi nilai min yang paling tinggi (Min=3.12) berbanding faktor lain yang dikaji iaitu faktor latarbelakang, faktor motivasi dan faktor kemahiran. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa faktor sikap terhadap ke1jaya sebagai Perunding Takaful adalah faktor utama kecenderungan ke1jaya di kalangan pelajar - pelajar UNIMAS dan UITM (Kampus Puncak Alam) dan diharapkan dengan faktor tersebut dapat memberikan satu persepsi bahawa ke1jaya Perunding Takaful dipilih kerana sikap yang mendalam terhadap kerjaya tersebut dan bukannya disebabkan oleh faktor sampingan lain. Implikasi daripada kajian ini diharapkan dapat membantu pihak pengurusan universiti, Kemente1ian Pelajaran Malaysia (KPM) dan pihak - pihak yang berkepentingan membuat penilaian mengenai kecenderungan pelajar terhadap ke1jaya ini. Selain itu, basil kajian ini juga diharapkan dapat menjadi sumber rnjukan kepada pembaca dan pengkaji lain untuk kajian lanjutan dan pemahaman mereka.