Kesan pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pemikiran kritis dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran prinsip perakaunan

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap pemikiran kritis dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalamkajian ini. Sampel terdiri daripada 31 orang pelaj...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Siti Faridah Shafii
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5794
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap pemikiran kritis dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalamkajian ini. Sampel terdiri daripada 31 orang pelajar kumpulan eksperimen dan 34 orangpelajar kumpulan kawalan. Tiga jenis instrumen digunakan iaitu set rangsangan PBM, ujian pemikirankritis Watson-Glaser dan ujian pencapaian melibatkan tajuk Penyata Kewangan (Milikan Tunggal). Datadianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap pemikiran kritis dan pencapaian pelajar, manakala analisis inferensi pulamelibatkan ujian-t yang menerangkan perbezaan bagi pemboleh ubah kajian. Dapatan kajianmenunjukkan terdapat peningkatan tahap pemikiran kritis pada kedua-dua kumpulan dengan kumpulaneksperimen memperoleh peningkatan pencapaian yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalansecara signifikan (t=2.286, p=0.026). Selain itu, terdapat peningkatan pencapaian pada kedua-dua kumpulan dengan kumpulan eksperimen memperoleh peningkatan pencapaian yang lebihtinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan (t=3.168, p=0.002). Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa PBM dapat meningkatkan pemikiran kritis dan pencapaianpelajar. Implikasi kajian menunjukkan kaedah PBM dapat meningkatkankeberkesanan pengajaran dan pembelajaran Prinsip Perakaunan serta boleh dijadikansebagai alternatif kepada pembelajaran sedia ada.