Gejala buli siber dan implikasi terhadap emosi, motivasi dan sosial dalam kalangan murid di Bandar Seberang Jaya

Kajian yang menjurus kepada penularan gejala buli siber semakin giat dijalankan. Tujuan kajian inidijalankan adalah untuk meninjau situasi gejala buli siber dan implikasi terhadap emosi,motivasi dan sosial dalam kalangan murid sekolah menengah. Kajian berbentuk kajiantinjauan melibatkan 250 orang mu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Azilah Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5812
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang menjurus kepada penularan gejala buli siber semakin giat dijalankan. Tujuan kajian inidijalankan adalah untuk meninjau situasi gejala buli siber dan implikasi terhadap emosi,motivasi dan sosial dalam kalangan murid sekolah menengah. Kajian berbentuk kajiantinjauan melibatkan 250 orang murid sekolah menengah dari sebuah bandar di Pulau Pinang.Instrumen kajian merupakan soal selidik yang dibina penyelidik dan diadaptasi dari Cyberbullyingand Online Aggression Survey Instrument, bagi menilai empat aspek utama iaitu situasi gejalabuli siber, implikasi emosi, motivasi dan sosial. Kesahan dan tahap kebolehpercayaanitem-item soal selidik kajian berada pada tahap yang baik iaitu semua bahagian berada di arastinggi ( >0.8 ) dengan nilai yang diperoleh adalah 0.825. Data kajian dianalisis secara deskriptifdan inferensi dengan menggunakan kekerapan, peratusan, min dan juga korelasi. Dapatan yangdiperoleh menunjukkan situasi gejala buli siber berada pada tahap rendah iaitu 2.07 dalam skala 1hingga 5 mata. Analisis korelasi pula menunjukkan wujud hubungan yang signifikan dan positif namunberada di aras rendah antara gejala buli siber dan implikasi motivasi iaitu dengan nilai r =0.144 , p = 0.023 iaitu lebih kecil dari 0.05 (p <0.05). Manakala, bagi implikasi emosidan sosial didapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gejala bulisiber dan juga implikasi-implikasi tersebut dengan nilai r = 0.117 ,nilai p = 0.064 bagi implikasiemosi dan implikasi sosial pula adalah r = 0.110, p = 0.083. Berdasarkan kajian ini item tiadakeseronokan melakukan sesuatu perkara dalam konstruk implikasi motivasi serta item berasa marahdan berasa takut dan berada dalam bahaya dari konstruk implikasi emosi mencatatkan nilai min tertinggi yang dialami mangsa buli siber. Kesimpulannya, penularan gejalabuli siber berupaya menyumbang kepada implikasi negatif terhadap murid sekolah menengah dari aspek emosi, motivasi dan sosial. Tindakan tegas pihak berwajib dankolaborasi semua pihak dalam mengenal pasti kaedah efektif bagi menangani impak yang dialami mangsadilakukan supaya kesejahteraan dan keseimbangan perkembangan diri generasi muda dari aspek jasmani,emosi, rohani dan intelektual dapat membantu ke arah menyumbang kepada keharmonian danpembangunan negara.