Resosialisasi juvana di Institut Pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Objektif kajian ialah untuk meneroka strategi resosialisasi juvana, meneroka aspekperubahan diri juvana, mengenalpasti reaksi juvana terhadap proses resosialisasi yangdilaluinya, mengenalpasti masalah semasa resosialisasi dan mencadangkan satu kerangka baharuresosialisasi juvana. Teori yang digunaka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5822 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Objektif kajian ialah untuk meneroka strategi resosialisasi juvana, meneroka aspekperubahan diri juvana, mengenalpasti reaksi juvana terhadap proses resosialisasi yangdilaluinya, mengenalpasti masalah semasa resosialisasi dan mencadangkan satu kerangka baharuresosialisasi juvana. Teori yang digunakan adalah total institution (TI) oleh Goffman(1961). Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah digunakan. Pemilihan respondenadalah melalui pensampelan bertujuan melibatkan 23 orang juvana (12 lelaki, 11 perempuan),berumur linkungan 10 hingga 18 tahun, 16 orang tenaga pengajar, empat orang pentadbir,empat orang pembantu kebajikan masyarakat dan tiga orang kaunselor dari tiga buah institusipemulihan JKM. Pengumpulan data kajian menggunakan kaedah temu bual bersama 50 responden, pemerhatian di (kelas pembelajaran, aktiviti harian, program institusi, kawasaninstitusi) selama 22 minggu dan analisis dokumen. Analisis data adalah secara tematik.Dapatan menunjukkan strategi untuk resosialisasi juvana ialah prosedur kemasukan, pengenalankepada sistem institusi, pelaksanaan peraturan, kawalan berterusan, sistem ganjaran hukuman,rutin harian, perkhidmatan kaunseling, kelas (akademik, kemahiran, agama), aktiviti (kesenian, kesukanan), penglibatan juvana dengan masyarakat, hubungan baik kakitangan denganjuvana, penglibatan keluarga juvana dan kerjasama dengan pihak luar. Perubahan dirijuvana adalah identiti positif, tingkah laku, penguasaan kemahiran dan pengetahuanvokasional, akademik, agama, kesenian serta kesukanan. Terdapat amalan adaptasi danpenyesuaian sekunder telah diamalkan oleh juvana sebagai reaksi kepada prosesresosialisasi yang dilaluinya. Antara masalah semasa resosialisasi ialah berkaitan juvana (tingkahlaku, pembelajaran, emosi), institusi (kekurangan kakitangan, kemudahan, kekurangankewangan), keluarga (sosioekonomi, sikap tidak bertanggungjawab) dan persepsi negatifmasyarakat. Kesimpulannya resosialisasi merupakan proses kompleks kerana memerlukan komitmensemua pihak (juvana, institusi pemulihan, keluarga juvana, anggota masyarakat) dan masa panjang. Implikasinya, kajian mencadangkan satu kerangka baharu resosialisasi juvanadan kerangka ini dicadangkan diuji keberkesanandan diperluaskan penggunaannya di institusi pemulihan lain. |
---|