Pengurusan kokurikulum dan hubungannya dengan pelibatan murid dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Daerah Petaling Perdana, Selangor

Kajian ini bertujuan menganalisis Pengurusan Kokurikulum dan hubungannya denganpelibatan murid dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Daerah Petaling Perdana, SelangorDarul Ehsan. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan menggunakaninstrumen soal selidik melib...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rohani Basran
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5824
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis Pengurusan Kokurikulum dan hubungannya denganpelibatan murid dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Daerah Petaling Perdana, SelangorDarul Ehsan. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan menggunakaninstrumen soal selidik melibatkan responden seramai 404 orang guru dalam kawasan kajianyang dipilih secara persampelan rawak berstrata. Hasil dapatan kajian dianalisis secarakekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan analisis korelasi Pearson menggunakanperisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 22. Dapatan kajian bagitahap pengurusan kokurikulum dan pelibatan murid adalah tinggi dimana bacaan bagi Tahap PengurusanKokurikulum menunjukkan purata min = 4.020 dan sisihan piawai =.625 manakala bacaan bagi Pelibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum pula adalah minpurata = 4.25 dan sisihan piawai = .519. Namun dapatan analisis korelasi Pearson iaitubacaan r = -.390, sig = .300 iaitu p >0.05 (p = .300) memperlihatkan nilai tidak signifikan yang menunjukkan tidak terdapat hubungan antara pelibatan murid dalam aktivitikokurikulum dengan pengurusan kokurikulum di sekolah-sekolah yang terlibat. Implikasikajian dapat memberikan input bermanfaat kepada para pengurus sekolah dalam mentadbir uruskokurikulum secara sistematik dan merancang pelbagai strategi yang efektif dalam usaha meningkatkan pelibatan murid yang menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum disekolah.