Penerimaan pendekatan pembelajaran teradun dalam kalangan guru pra perkhidmatan

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap penerimaan pendekatan pembelajaranteradun dalam kalangan Guru Pra Perkhidmatan (OPP). Selain itu, kajian ini juga untukmengetahui tahap kemahiran teknologi, kemahiran pedagogi, keinovatifan individu, efikasi kendiri komputer dan pengetahuan pembe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nuurul Najwa Zulkifle
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5903
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap penerimaan pendekatan pembelajaranteradun dalam kalangan Guru Pra Perkhidmatan (OPP). Selain itu, kajian ini juga untukmengetahui tahap kemahiran teknologi, kemahiran pedagogi, keinovatifan individu, efikasi kendiri komputer dan pengetahuan pembelajaran teradun dalam menyumbang kepada penerimaan pembelajaran teradun dalam kalangan OPP. Pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini. Seramai 320 OPP daripada Universiti PendidikanSultan Idris dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Dapatan kajianmenunjukkan OPP mempunyai kemahiran pedagogi abad 21 yang tinggi (min=3.796, sp=0.816), keinovatifan individu yang tinggi dalam mencuba sesuatu inovasi (min=3.753, sp=0.759) dan juga mempunyai pengetahuan berkaitan pembelajaran teradun (min=3.956, sp=0.685). Dapatan kajian juga menunjukkan OPP kurang berkemahiran dalampenggunaan teknologi (min=3.367, sp=0.999), kurang efikasi kendiri komputer untuk pengajaran yangmenggunakan bahan ICT (min=3.449, sp=0.933), dan kurang menerima dan melaksanakan pembelajaran teradun dalam PdP (min=2.95 l, sp=l.164). Seterusnya, dapatan bagiujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran teknologi(r=0.528), kemahiran pedagogi (r=0.34 l ), keinovatifan individu (r=0.313), efikasi kendirikomputer (r=0.471), pengetahuan pembelajaran teradun (r=0.199) dengan penerimaanpembelajaran teradun. Semua kolerasi tersebut adalah signifikan iaitu p