Kesan pelaksanaan pendekatan pembelajaran koperatif model STAD dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid tingkatan dua

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pelaksanaan pendekatan pembelajaran koperatifmodel Student Team Achievement Division (STAD) terhadap pencapaian murid dalampenulisan karangan Bahasa Melayu. Kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini.Sampel kajian terdiri daripada 56 orang murid Ting...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzana Abu Hassan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5995
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pelaksanaan pendekatan pembelajaran koperatifmodel Student Team Achievement Division (STAD) terhadap pencapaian murid dalampenulisan karangan Bahasa Melayu. Kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini.Sampel kajian terdiri daripada 56 orang murid Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengahkebangsaan (Cina) di Kuala Lipis, Pahang. Kajian menggunakan ujian pra, ujian pasca dansoal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan terdiri daripada 29orang murid, manakala kumpulan rawatan terdiri daripada 27 orang murid. Kumpulankawalan mengikuti pembelajaran secara tradisional, manakala kumpulan rawatan pulamengikuti pembelajaran secara koperatif model STAD. Ujian-t digunakan untuk mengkajisama ada terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor dalam ujian pra dan ujianpasca penulisan karangan murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min bagikedua-dua ujian dalam kumpulan kawalan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan(t=0.278). Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan dalamujian pasca bagi kumpulan kawalan dan rawatan (t=-6.961). Dapatan turut menunjukkanterdapat perbezaan min yang signifikan dalam ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan(t=-11.795). Dapatan juga mendapati semua sampel menyatakan bahawa pendekatankoperatif model STAD dapat memupuk nilai murni dalam kalangan murid dan memberikankesan positif kepada murid bagi meningkatkan pencapaian dalam penulisan karangan.Kesimpulannya, dapatan menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif modelSTAD dapat meningkatkan skor min karangan murid secara signifikan berbanding dengankaedah pembelajaran tradisional. Implikasi kajian ini dapat membuktikan bahawapendekatan koperatif model STAD adalah berupaya meningkatkan kualiti karangan murid.