Perkembangan sosioekonomi generasi kedua di Felda Raja Alias 3 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan

Kajian ini dijalankan bagi menganalisis perkembangan sosioekonomi GenerasiKedua FELDA (G2F) di FELDA Raja Alias3 (FRA3). Kajian ini menggunakansampel seramai 100 orang responden secara rawak mudah di FRA3 yang terdiridaripada pelbagai latar belakang sosioekonomi. Metodologi yang digunakan ialahanali...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Faziyan Rahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5997
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi menganalisis perkembangan sosioekonomi GenerasiKedua FELDA (G2F) di FELDA Raja Alias3 (FRA3). Kajian ini menggunakansampel seramai 100 orang responden secara rawak mudah di FRA3 yang terdiridaripada pelbagai latar belakang sosioekonomi. Metodologi yang digunakan ialahanalisis semak silang, temu bual, soal selidik, pemerhatian dan analisis deskriptif.Tiga dapatan kajian telah diperoleh iaitu tahap dan bentuk sosioekonomi yangmenunjukkan bahawa G2F mengalami proses perkembangan ekonomi yang kianmeningkat iaitu 93 peratus terlibat secara aktif mencari pendapatan di FRA3. Namun,masih terdapat G2F di FRA3 yang berhadapan dengan masalah pendapatan yangsecara relatifnya masih rendah iaitu 78 peratus memperoleh pendapatan di bawah RM1000 dan hal ini merupakan penanda aras kepada status sosioekonomi. Penemuanyang kedua ialah faktor-faktor penglibatan dalam aktiviti ekonomi yang memberiimpak kepada perkembangan sosioekonomi iaitu pendidikan. Hal ini, menunjukkan66 peratus hanya mempunyai taraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan perkara iniperlu diberi tumpuan agar pembangunan yang dijalankan di FRA hendaklah seiringdengan keberlangsungan survival ekonomi G2F di FRA3. Seterusnya yang terakhirialah strategi-strategi dalam meningkatkan status ekonomi yang perlu dilaksanakanbagi memberikan keupayaan untuk bersaing dalam pasaran ekonomi. Strategi yangpaling signifikan untuk meningkatkan status ekonomi G2F ialah penyelesaianterhadap pembangunan tanah yang menunjukkan 78 peratus mahu diberikan tempatkediaman generasi kedua berserta dengan tanah pertanian untuk diusahakan.Berdasarkan penemuan dalam kajian ini jelas bahawa tahap sosioekonomi G2F diFRA3 masih rendah dan perlu diberi perhatian oleh pihak FELDA. Implikasidaripada kajian ini pula ialah menunjukkan kedudukan ekonomi G2F perlu dilihatsemula kerana didapati berada pada tahap rendah walaupun telah melalui pelbagaipembangunan yang dijalankan di setiap FELDA terutamanya FRA.