Pemulihan fungsi kemahiran motor halus kanak-kanak masalah pembelajaran oleh jurupulih cara kerja di pusat terapi
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemulihan fungsi kemahiran motor halus kanakkanakmasalah pembelajaran oleh jurupulih cara kerja di tiga pusat terapi. Objektifkajian adalah untuk mengenal pasti masalah kemahiran motor halus kanak-kanakmasalah pembelajaran dan jenis aktiviti terapi yang paling efe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5998 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemulihan fungsi kemahiran motor halus kanakkanakmasalah pembelajaran oleh jurupulih cara kerja di tiga pusat terapi. Objektifkajian adalah untuk mengenal pasti masalah kemahiran motor halus kanak-kanakmasalah pembelajaran dan jenis aktiviti terapi yang paling efektif untuk pemulihanfungsi kemahiran motor halus kanak-kanak masalah pembelajaran yang menjalaniterapi cara kerja di pusat terapi. Reka bentuk kajian kes telah digunakan dalam kajianini. Pemilihan responden kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkantiga orang jurupulih terapi cara kerja dan tiga orang kanak-kanak masalahpembelajaran yang mengalami masalah fungsi kemahiran motor halus. Kanak-kanakini juga merupakan klien kepada jurupulih cara kerja di tiga pusat terapi yang telahdipilih. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu senarai semak pengesananmasalah kemahiran motor halus, senarai semak aktiviti terapi cara kerja, soalan temubual ibu bapa dan laporan sesi terapi. Data pemerhatian, temu bual dan dokumenrasmi dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati terdapat pemulihan dalamfungsi masalah kemahiran motor halus kanak-kanak masalah pembelajaran selepasmenerima empat sesi terapi yang dijalankan oleh jurupulih cara kerja di pusat terapi.Kajian juga mendapati jenis aktiviti kemahiran motor halus yang paling efektif adalahterapati, diikuti dengan aktiviti manik dan tali, kapas berwarna, duit syiling, klip baju,menguntai tali, skru dan nat dan pegboard. Kesimpulannya lapan aktiviti kemahiranmotor halus dalam sesi terapi oleh jurupulih cara kerja berkesan memulihkan fungsikemahiran motor halus kanak-kanak masalah pembelajaran. Implikasi kajianmenunjukkan penggunaan aktiviti kemahiran motor halus adalah sesuai diaplikasikandi dalam bilik darjah bagi memulihkan fungsi kemahiran motor halus kanak-kanakmasalah pembelajaran. |
---|