Penerimaan program dakwah dalam kalangan golongan profesional Melayu di negeri Pahang

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan para profesional Melayu dinegeri Pahang terhadap program dakwah yang dianjurkan oleh badan-badan dakwah. Reka bentuk kajiantinjauan berpandukan Theory of Reasoned Action (TRA) digunakan untuk mengetahui hubungan dansumbangan enam faktor tingkah la...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Effat Mokhtar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan para profesional Melayu dinegeri Pahang terhadap program dakwah yang dianjurkan oleh badan-badan dakwah. Reka bentuk kajiantinjauan berpandukan Theory of Reasoned Action (TRA) digunakan untuk mengetahui hubungan dansumbangan enam faktor tingkah laku iaitu amalan agama, kefahaman agama, sikap, pengaruh rakan,kepuasan dan keberkesanan dakwah dengan penerimaan program dakwah. Data kajian dianalisis secaradeskriptif dan inferens menggunakan ujian-t, ANOVA sehala, korelasi dan regresi berganda. Kajianini juga menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Nilaikebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik yang dibina adalah tinggi, iaitu antara 0.68hingga 0.93. Responden kajian ini dipilih berdasarkan pensampelan mudah. Seramai 318 orang golonganprofesional Melayu terlibat untuk menjawab instrumen soal selidik. Sementara itu, seramai 37 orangresponden yang terdiri daripada golongan profesional, pendakwah serta organisasi terlibat dengansesi temu bual. Analisis korelasi telah menunjukkan bahawa pemboleh ubah sikap (r = 0.328 ),pengaruh rakan (r = 0.685 ), kefahaman agama (r = 0.586), amalan agama (r = 0.528), kepuasan (r =0.534) dan keberkesanan (r = 0.709) telah mempengaruhi secara signifikan penerimaan paraprofesional terhadap program dakwah di negeri Pahang. Dapatan kajian menunjukkan organisasi dakwahbanyak menjalankan program dakwah, namun tahap penerimaan dakwah daripada golongan profesionalMelayu masih sederhana (min=3.16). Analisis regresi berganda menunjukkan faktor keberkesanan (β =0.302), pengaruh rakan (β = 0.274), kefahaman agama (β = 0.161) dan kepuasan (β = 0.129) programdakwah mempunyai pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi hubungan antara penerimaan program dakwahdalam kalangan golongan professional Melayu. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan penggunaanteori TRA dalam mengenal pasti penerimaan program dakwah dapat meningkatkan kualiti pelaksanaanprogram dakwah di Pahang. Implikasi kajian menunjukkan bahawa organisasi dakwah perlu mengambilperhatian terhadap faktor keberkesanan dan pengaruh rakan supaya dakwah dapat diterima olehgolongan professional dengan lebih berkesan.