Kesan strategi penggunaan kalkulator model vikat terhadap pencapaian penambahan dan penolakan pecahan murid tahun 4

Kajian ini bertujuan membina Kalkulator Model Vikat dan menilai kesan strategipenggunaannya terhadap pencapaian murid tahun 4 dalam topik penambahan dan penolakanpecahan. Kajian ini menggunakan model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) bagi fasa pertama iaitufasa pembangunan. Kalkulator Model Vikat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Thangarani Munusamy
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6071
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina Kalkulator Model Vikat dan menilai kesan strategipenggunaannya terhadap pencapaian murid tahun 4 dalam topik penambahan dan penolakanpecahan. Kajian ini menggunakan model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) bagi fasa pertama iaitufasa pembangunan. Kalkulator Model Vikat dibina dan telah dinilai kesahan oleh empat orangguru dan diuji kebolehpercayaannya. Fasa kedua kajian ialah penggunaan Kalkulator Model Vikat dalam pengajaran dan pemudahcaraan ke atas 25 orang murid kumpulaneksperimen. Fasa ketiga kajian menganalisis keberkesanaan Kalkulator Model Vikat menggunakanreka bentuk kuasi eksperimen ujian pra dan pasca kumpulan eksperimen yang terdiri daripada 25 orangmurid tahun 4 di sebuah sekolah di Daerah Batang Padang, Perak. Data dikumpulkan menggunakaninstrumen ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis menerusi ujian-t bagi menentukan perbezaan murid antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Dapatan kajianmenunjukan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min ujian pasca antara kumpulan kawalandan kumpulan eksperimen ialah 7.36 dengan nilai [t=2.953, p <0.05]. Ujian-t juga menunjukanbahawa wujud kesan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan ialah22.28 dengan nilai [t=-6.687, p <0.05] serta ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan eksperimenialah 29.68 dengan nilai [t=-11.68, p <0.05]. Kesimpulannya, Kalkulator Model Vikat yang dibinaini dapat meningkatkan pencapaian murid tahun 4 dalam topik penambahan danpenolakan pecahan. Implikasinya, strategi penggunaan Kalkulator Model Vikat bersesuaiandigunakan dalam pengajaran dan pemudahcaraan untuk membantu guru matematik dalam meningkatkan pencapaian murid bagi topikpenambahan dan penolakan pecahan.