Kegiatan ekonomi masyarakat Cina di Taiping, Perak 1900-1937

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kegiatan ekonomi masyarakat Cina sepanjangtempoh yang dikenali sebagai zaman kemerosotan Taiping, iaitu pada tahun 1900hingga 1937. Kemerosotan aktiviti perlombongan membawa perubahan besar kepadacorak ekonomi masyarakat Cina di Taiping kerana mereka terlibat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Elaine, Yong Shu Han
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6077
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kegiatan ekonomi masyarakat Cina sepanjangtempoh yang dikenali sebagai zaman kemerosotan Taiping, iaitu pada tahun 1900hingga 1937. Kemerosotan aktiviti perlombongan membawa perubahan besar kepadacorak ekonomi masyarakat Cina di Taiping kerana mereka terlibat secara aktif dalamindustri perlombongan sejak abad ke-19. Kajian ini dilakukan dengan menggunakankaedah kualitatif. Dokumen, fail, laporan semasa pentadbiran British serta akhbar yangditerbitkan sepanjang tempoh kajian diteliti dengan tujuan untuk memahami danmenganalisis kegiatan ekonomi dan perubahan yang berlaku kepada kegiatan ekonomimasyarakat Cina di Taiping. Maklumat daripada sumber berkenaan memperlihatkanbahawa masyarakat Cina di Taiping melibatkan diri secara aktif dalam pelbagaikegiatan ekonomi selain daripada aktiviti perlombongan seperti aktiviti perniagaan,pertanian, perikanan, penternakan dan perkhidmatan kerajaan. Walau bagaimanapun,industri perlombongan masih menjadi salah satu sumber pendapatan kepadamasyarakat Cina walaupun kegiatan ekonomi tersebut mengalami kemerosotan padaawal abad ke-20. Ringkasnya, kemerosotan Taiping memberi kesan kepada kegiatanekonomi masyarakat Cina di Taiping pada tahun 1900 hingga 1937. Pemahamankepada perkembangan sejarah yang berlaku sepanjang tempoh kemerosotan inimemperlihatkan tindak balas masyarakat Cina terhadap krisis ekonomi dankemelesetan ekonomi dunia yang memberi pengetahuan penting kepada generasisekarang.